Tuesday, 28 October 2014
Surat Jemputan Perasmian
Prof. Dr. Muhammad Zuhdi
Pengarah
Pusat PERMATApintar Negara
Univerisiti Kebangsaan Malaysia
43600 Selangor Darul Ehsan
___________________________________________________________________________
Datin Paduka Seri Rosmawati bte. Rosman
Kompleks Seri Perdana
Persiaran Seri Perdana
Presint 10
62502 Putrajaya 28 OKTOBER 2014
___________________________________________________________________________
Datin Seri,
JEMPUTAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA
Dengan hormat merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan Pusat PERMATApintar Negara akan mengadakan Program Transformasi Minda. Oleh itu, dengan sukacitanya pihak pusat ingin menjemput Datin Seri untuk merasmikan program tersebut.
2. Majlis ini akan diadakan mengikut butiran berikut:
Tarikh : 19 November 2014
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna, Pusat PERMATApintar Negara
3. Sehubungan itu, keprihatinan dan pertimbangan sewajarnya daripada datin seri terhadap jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.
MUHD ZUHDI B. NOOR ISKANDAR
Pengarah,
Pusat PERMATApintar Negara
Monday, 27 October 2014
Bahasa Melayu Komunikasi (Latihan 2)
1. Berikan 10 ungkapan yang tidak bertata susila yang boleh membangkitkan kemarahan pendengar.
i) Mati
ii) Kencing
iii) Berak
iv) Mengandung
v) Orang gaji
vi) Puas hati
vii) Mendiang
viii) Bini
ix) Lembap
x) Gemuk
2. Berikan kepentingan nilai kesantunan dalam budaya bahasa Melayu.
Untuk mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut. Apabila wujudnya sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan.
3. Senarikan 30 istilah dalam laras matematik, laras Sains. laras Agama, laras Seni
Laras Matematik:
tambah, tolak, bahagi, darab, punca kuasa, pekali, berat, panjang, tinggi, teorem, segi tiga, masa, suhu, trapezium, histogram, sisi miring, bersudut tegak, bucu, sisi, algebra, keseimbangan, baki, kurungan, sepaksi, garisan. bulatan, radius, ukur lilit, simetri, geometri
Laras Sains:
fotosintesis, inferens, daya, momentum, tekanan, gelombang, elektromagnet, atom, molekul, radioaktif, sel, krenasi, hipotesa, hipotonik, hipertonik, isotonik, plasmolisis, inersia, kepersisan, kejituan, ralat paralaks, keseimbangan terma, kondensasi, evaporasi, pembekuan, nukleus, medan elektrik, superposisi, elemen, elektron
Laras Agama:
iman, takwa, redha, do'a, dosa, pahala, neraka, syurga, tuhan, istiqamah, tawakal, syukur, rezeki, azab, nikmat, ihsan, solat, puasa, zakat, kafarah, haram, makruh, harus, sunat, wajib, kitab, ibadah, aqidah, tauhid, sirah
Laras Sastera:
retorik, anafora, epifora, asonansi, hiperbola, simile, sinkop, cerpen, puisi, sajak, seloka, syair, pantun, gurindam, bertikam lidah, ikat perut, aliterasi, adegan, metafora, kronologi, monolog, paradoks, inversi,
plot, peribahasa, epilog, diksi, cereka, protagonis, antagonis
Laras Seni:
garisan, rupa, jalur, jalinan, montaj, mobail, stensilan, anyaman, penegasan, sekunder, primer, tertier,
lukisan, arca, ukiran, kaligrafi, catan, grid, komposisi, tiruan, kolaj, guntingan, topeng, mozek, batik,
boneka, stabil
Bahasa Melayu Komunikasi (Latihan)
1. Senaraikan ciri-ciri gelaran atau panggilan kehormat untuk kategori berikut.
a) Gelaran Keturunan
Juga disebut sebagai gelaran warisan. Gelaran ini diwarisi sejak lahirnya seseorang itu. Gelaran
warisan atau keturunan ini boleh dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu:
i) Gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah.
ii) Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar.
iii) Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
iv) Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia.
b) Gelaran Anugerah
Gelaran anugerah adalah salah satu bahagian daripada gelaran kurniaan. Gelaran ini hanya boleh
diperoleh melalui pencapaian. Gelaran kurniaan pemerintah atau gelaran anugerah ini ialah
gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-orang yang dianggap berjasa.
c) Gelaran Ikhtisas
Gelaran Ikhtisas juga merupakan salah satu bahagian daripada gelaran kurniaan. Gelaran ini
diperoleh kerana kejayaan dalam bidang akademik atau ikhtisas. Gelarannya adalah seperti
profesor diraja, profesor, doktor dan cikgu.
2. Senaraikan kepentingan bahasa tubuh dalam komunikasi lisan.
i) Menimbulkan keyakinan diri
ii) Membina hubungan antara penyampai dan pendengar
iii) Cara penyampaian yang lebih berkesan
iv) Meningkatkan persefahaman pendengar
Subscribe to:
Posts (Atom)