Tuesday 3 March 2015

My Daily Life: 3/3/15

Assalamualaikum w.b.t

Assignment banyak lagi tak siap, lusa exam. Haaiiiih.. Susah gini. Pagi ni masa takde kelas saya ada pergi tengok senior tahun lepas amik results SPM. Ada yang dapat straight A, tapi ada jugak yang kurang bernasib baik, Tapi takpe, untuk yang kurang baik tu, SPM bukanlah segalanya. Ada je orang fail SPM, tapi dia tak putus asa dan akhirnya berjaya dapat PHD. Jangan sedih kay. Oh ya, saya nak kongsi sebuah kisah,

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Tu je untuk hari ni. Hehe. Selamat malam!

                       - I was't born to impress everyone. -

Monday 2 March 2015

My Daily Life: 2/3/15

Assalamualaikum dan haiiii :D

Hari ni dah hari Isnin. Esok keluar results SPM. Harini mesti ramai senior tahun lepas datang. Tak sabar nak jumpa. Petang ni saya takde kelas apa-apa. Malamnya pulak saya buat assignment yang bertimbun. Sekarang, waktu bercerita.

Seorang pengurus pusat membelibelah memiliki tiga ruang untuk disewakan, semuanya bersebelahan.

Seorang calon penyewa muncul dan mengatakan ingin menyewa ruang paling kiri untuk kedai pakaian lelaki.

"Itu bagus", kata pengurus tersebut. "Anda akan diberikan papan perniagaan percuma, apa yang ingin anda tulis pada papan perniagaan tersebut?" "Pakaian Lelaki", kata lelaki tersebut.

Kemudian datang seorang lelaki yang lain yang berhajat untuk menyewa ruang kedai yang paling kanan. Ketika ditanya lelaki tersebut mengatakan ia ingin "Pakaian Lelaki" pada papan perniagaannya. Pengurus mengatakan kepadanya bahawa kedai yang sebelah kiri akan memiliki papan perniagaan yang sama. "Tidak masalah", kata lelaki tersebut.

Akhirnya orang ketiga datang untuk menyewa ruang tengah. Pengurus agak gusar kerana orang ini juga memilki kedai pakaian lelaki. Dengan hati-hati pengurus meminta orang ketiga apa yang dia inginkan untuk ditulis pada papan perniagaannya. Orang itu menjawab "Pintu Masuk".

Haa apa yang kita dapat ialah kita kena sentiasa bijak dengan cara lain untuk maju :3
Selamat malam, terima kasih!

                - You're baver than you believe. - 

Sunday 1 March 2015

My Daily Life: 1/3/15

Assalamualaikum semua!

Hari ni hari Ahad. Esok dah sekolah. Rasa sekejap je cuti. Selamat pagi ni takde training bola. Fuh. Petang tu masa lalu sekejap je. Ingat nak buat assignment tapi tak jadi. Hehe.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum yang unta itu milik orang Yahudi dan memutuskan untuk memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebinggungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menadah tangannya ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang amalan engkau, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Itu saja hari ni. Terima kasih! :)

              - Don't be the same, be better! -

Saturday 28 February 2015

My Daily Life: 28/2/15

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia!

Pagi ni sepatutnya ada perjumpaan Kadet Polis, tapi dibatalkan. Jadi saya pergi latihan bola sepak di stadium sehingga pukul 11. Penat, hari ni banyak buat fitness. Pukul 2 pulak kena pergi berkuda (aktiviti koko). Tapi best jugak dapat belajar pasal kuda ni. Ni haa cerita hari ni..

3 lelaki masuk meminang anak Pak Imam.
Pak Imam - " Kau nama siapa?"
Lelaki 1 - " Nama saya Yusuf.."
Pak Imam - " Haa.. Kau baca surah Yusuf.. Aku nak dengar.."
Lelaki 1 membaca surah Yusuf dengan lancar..

Pak Imam - " Apa nama kau?"
Lelaki 2 - " Nama saya Ibrahim, Pak Imam.."
Pak Imam - " Kau baca surah Ibrahim.. Baca dengan betul.."
Lelaki 2 membaca surah Ibrahim dengan baik dan lancar..

Lelaki 3 mulai menggigil. 

Pak Imam - "Kau.. Nama kau apa..?"
Lelaki 3 - " Err.. Err.. Nama saya Yasin.. Err.. Tapi kat rumah, Mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad.."

Walaupun lucu, ada jugak pengajaran yang boleh diambil. Sama-sama renungkan.

                            - Work hard, dream big. - 

Friday 27 February 2015

My Daily Life: 27/2/15

Assalamualaikum~!! :D

Hari ni dah hari Jumaat. Esok cuti! Hari ni banyak takde kelas sebab kebanyakan cikgu takde.
Sekarang untuk kisah hari ni.

     Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja. "Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?" "Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka. "Segera katakan apakah itu." Desak raja. "Syurga dan Allah s.w.t.pemiliknya," jawabnya tegas. Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.

Sungguh hebat kebesaran Allah. Oh ya, minggu depan dah exam. Doakan :')

         - What you plant today you'll harvest it later. -

Thursday 26 February 2015

My Daily Life: 26/2/15

Assalamualaikum semua :D

Hari ni saya cuma nak kongsikan sebuah cerita lucu. Dengar ya!

Dalam sebuah kelas..guru memulakan pengajarannya. 
Guru: Murid-murid...binatang apa yg bermula dari huruf 'G'?

Dengan pantas seorang murid berdiri dan menjawab...Gajah cikgu...lalu dia dipuji oleh cikgu. 
Guru: soalan seterusnya.. binatang apa yang bermula dengan huruf 'D'?
Semua murid diam......lalu murid tadi berdiri dan menjawab..." Dua gajah cikgu"....murid-murid lain mula ketawa...cikgu mulai marah..
Guru: Awak berdiri atas kerusi, soalan seterusnya...binatang apa yg bermula dengan huruf 'M'?
Semua murid diam....... lalu budak tadi jawab lagi...."Mungkin gajah".....
Guru: awak keluar dan berdiri di pintu......
Soalan terakhir...binatang apa yg bermula dengan huruf 'J' ?
Semua murid-murid diam...guru menunggu murid menjawab tapi semua hanya diam....
Lalu murid tadi menjawab......" Jangan jangan gajah"....

Hahahah. Itu je untuk hari ni. Bye :)

        - Crying is the way our body expressed pain that even words can't. -

Wednesday 25 February 2015

My Daily Life: 25/2/15

Assalamualaikum :)

Harini kelas terakhir 2K2 bersama cikgu Aisyah kerana beliau nak melanjutkan pelajaran. Selain tu, takde apa yang signifikan berlaku hari ni. Kat sini ada sebuah kisah yang boleh kita ambil pengajaran.

Suatu ketika di Hari Raya, Sewaktu Rasulullah hendak pergi ke masjid, Baginda mendapati seorang anak yang masih kecil sedang menangis di sebuah sudut jalan. Rasulullah yang sangat berhati lembut dan penyayang kemudian mendatangi anak kecil tersebut, lalu bertanya kepadanya : "Wahai anak, hari ini semua orang sedang bergembira dengan datangnya Hari Raya Idul Fitri, tetapi kamu terlihat menangis seorang diri disini, apa yang terjadi?"

Anak kecil itu menjawab: Aku sedih, teman-temanku semua bergembira dengan ibu dan ayah mereka, mereka memakai baju baru dan perhiasan baru, sedangkan orang tuaku telah bercerai, ibuku menikah dengan orang lain, ayah tiriku tidak peduli denganku. Dan aku tidak mungkin dapat membeli baju baru.
Rasulullah kemudian tersenyum haru, lantas memeluk anak kecil tersebut dengan penuh kasih, bagaikan anak Baginda sendiri. Setelah itu Rasulullah berkata padanya : Wahai anak kecil yang dikasihi Allah, maukah jika engkau menjadi anakku, aku menjadi ayahmu, dan Aisyah menjadi ibumu?.

Dengan terharu dan senyum yang tidak dapat terlukisakan, anak itu kemudian memeluk Rasulullah dengan erat, air matanya mengalir karena merasakan kebaikan dan kasih sayang Rasulullah kepada dirinya.

Rasulullah kemudian menggendong anak kecil itu dan membawa ke rumah, kemudian menyerahkannya kepada Sayidatina Aisyah untuk dimandikan. Maka beberapa saat kemudian, si anak kecil yang sebelumnya dekil, kotor, bau dan berantakan itu berubah menjadi bagaikan bidadari kecil yang harum dan cantik.

Begitulah kasih sayang Baginda Rasulullah SAW, sanggup mengasihi dan menghibur orang lain demi kebahagiannya. Baginda sangat sayang terutama kepada anak-anak yang masih belum ada dosa. Marilah kita berusaha meneladani akhlak Rasulullah yang sungguh agung, yaitu alah satunya dengan berkasih sayang sesama manusia.

Begitu lah kisahnya. Banyak yang boleh kita belajar. Selamat malam.

                      - We must be both follower and leader. -

Tuesday 24 February 2015

My Daily Life: 24/02/1

Assalamualaikum

Hari ni ada kelas macam biasa. Takde apa yang seronok. Jadi saya nak kongsi sebuah cerita. Ceritanya macam ni

Sahabat yang sudah lama tak berjumpa, seorang dari negeri Sarawak seorang lagi dari negeri Perak. Orang Sarawak pun bertanya kepada orang Perak.

Sarawak : Awak ni orang Perak kan?

Perak : ye, kenape?

Sarawak : Bahasa korang berbeza sikit kan?

Perak : Ada le sikit.

Sarawak : Kalau terbakar, korang panggil apa?

Perak : Terbako, terbako.

Sarawak : Hmm.. memang lain, kita orang panggil lain.

Perak : Korang panggil ape?

Sarawak : Kita orang panggil Bomba

Perak : cis @#!!

Itu sahaja. Terima kasih.

             - If people are trying to bring you down, that means you're above them. -

Monday 23 February 2015

My Daily Life: 23/02/15

Assalamualaikum

Hari ni sesi persekolahan pun bersambung selepas cuti tahun baru cina. Selepas habis kelas pada pukul 3.30, saya tergesa-gesa menyiapkan tugasan Kimia yang perlu dihantar sebelum pukul 5 petang tu. Selamat malam.

Kat sini saya nak kongsikan satu cerita.

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat
orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan
sampai ia menemukan ajalnya.
Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada
Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah
kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah.
"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu
kehairanan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa
terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus
asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah. 
Itu saja untuk hari ni, Sekian terima kasih,

                - Expect nothing and you'll never be disappointed -

Sunday 22 February 2015

My Daily Life: 22/02/15

Assalamualaikum~

Hari ni kat Permata cuma ada saya dengan Mursyid. Malam sebelumnya lagi kitorang dah rancang nak pergi outing kat Bangi Gateway. Jadi dalam pukul 10 pagi, kami menumpang teksi ke Bangi Gateway. Kat situ benda yang saya mula-mula cari ialah 'capo' untuk gitar. Tak sangka pulak mahal. Lepas jalan-jalan kat situ, kami pon makan roti canai di Teh Tarik Place.

Petang tu ramai budak Permata yang baru balik dari cuti raya cina. Esok pulak dah sambung sesi persekolahan. Hm :(

                    - Do what is right, not what is easy. -

Saturday 21 February 2015

My Daily Life: 21/02/15

Assalamualaikum~

Pagi ni saya ada pergi kenduri kahwin saudara jauh saya. Lepastu saya pon balik ke rumah nenek belah ibu saya. Lepas semua dah siap, mak long saya pon hantar saya balik ke Permata. Hampir 4 jam perjalanan. Jalan jem. Tak ramai yang ada kat Permata, mungkin sebab ramai balik esok (hari ni Sabtu). Cuma ada saya dengan Mursyid je. Kbai.

             - Life is like riding a bicycle. You'll fall if you stop. -