Monday 25 January 2016

Bahasa Melayu Tinggi

- Sering digunakan dalam pertuturan dalam majlis-majlis rasmi dan dalam penulisan
- Tidak dapat diterjemahkan melalui Bahasa Melayu Basahan (Bahasa Pasar)
- Bukan bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian ( Kecuali di dalam majlis-majlis rasmi)
- Bukan bahasa linguistik
- Suatu bentuk yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu

RUMUSAN: KENAIKAN HARGA

Petikan membincangkan akibat peningkatan harga produk keperluan harian.                          
Akibat peningkatan harga produk keperluan harian yang pertama, pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa.Kedua, kenaikan harga barang menyebabkan beban tanggungan sesebuah keluarga bertambah berat.Seterusnya, peniaga lebih berani menaikkan harga barangan dan sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka. Selain itu, kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Di samping itu, hal ini akan menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah kecil. Akhir sekali, keadaan kegawatan ekonomi yang cuba dikawal oleh kerajaan menjadi sia-sia akibat tindakan peniaga yang tamak.


Langkah kerajaan untuk menangani isu kenaikan harga ini adalah dengan cara memperketatkan undang-undang demi mengawal kenaikan harga barang keperluan harian.
Kesimpulannya,para peniaga patut samasama berkorban untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi yang lebih teruk dan tidak mengambil kesempatan demi menjamin kestabilan ekonomi pada masa akan datang.

Monday 18 January 2016

BERITA: RE-ORIENTASI


Pusat PERMATApintar Negara, 5 Januari - Sebuah program re-orientasi khas buat pelajar-pelajar lama Kolej PERMATApintar Negara telah diadakan sebaik sahaja mereka kembali daripada cuti sekolah.  Program ini, yang dijalankan di auditorium, telah disertai oleh semua bilangan pelajar dan turut dihadiri beberapa orang instruktor.

Program ini dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Dr. Rorlinda ninti Yusof dan seterusnya ucapan daripada Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Prof. Dato' Dr. Noriah binti Ishak, yang telah banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada semua warga PERMATApintar. Program ini diteruskan lagi dengan sebuah ucapan yang singkat oleh Timbalan Pengarah, Dr. Arif bin Ismail yang berkenaan dengan nilai dalam diri seorang pelajar.

Sebaik sahaja ucapan Timbalan Pengarah, Pn. Aisyah telah memberi taklimat ringkas tentang pengurusan akademik bagi tahun 2016. Seterusnya, Dr. Tan Joo Siang, kaunselor baru di PERMATApintar pula tampil dan bercakap mengenai sesi kaunseling terutama untuk pelajar. Selepas itu Dr. Rorlinda pula mengambil masanya untuk bercakap mengenai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi pelajar.

Program re-orientasi ini disambung pula pada sebelah petang oleh dua orang kaunselor, Pn. Jamaliah dan Pn. Ros, untuk membincangkan tentang isu-isu yang melanda pelajar-pelajar di kampus ini. Akhir sekali, En. Mior pula memberi taklimat ringkas tentang perjalanan ko-kurikulum