Wednesday 30 April 2014

My Daily Life: 30/04/14

Assalamualaikum  :)

Sekarang saya tengah tak ada idea nak tulis apa.. *tengah fikir*

Pagi ni saya bangun agak lambat, Solat Subuh agak lambat, mandi agak lambat, bersiap agak lambat. Sekarang sila buang setiap perkataan 'agak'. Tapi entah macam mana, assembly saya berjaya datang awal.

Seperti hari-hari Rabu yang biasa, kelas akan dimulakan dengan waktu elektif. Yes! Ada masa untuk main. Main = buang masa. Jadi, ada masa untuk buang masa (krik krik..). Tapi.. Cikgu Zaza, cikgu sejarah saya, telah membuat kelas untuk menyelesaikan presentation kami yang dah tertangguh hampir 2 minggu. I'm not prepared at all! Serius, hancur presentation saya. Nasib baik group presentation. Dapat lah cover markah sikit-sikit. Kelas Muzik pula menyusul. Kelas Muzik ni dibimbing oleh Dr. Ridzwan. Seronok juga belajar Muzik ni. Lagipun, apa yang Dr. Ridzwan ajar, kalau kat luar, kena bayar RM120 sebulan. Kat sini pula free! Syukur Alhamdulillah! xD

Tengahari tu, mula-mula ingat tanak tidur. Tapi disebabkan terlalu penat, tertidur juga. Bangun-bangun je, dah pukul 2.30. Apalagi, cepat-cepat lah siap. Dah lah kelas Biologi. Habis markah untuk participation saya pun kena tolak. Kelas Seni Visual selepas itu pula dibatalkan. Woohoo!

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Esok 1 Mei, patutnya cuti peristiwa (Hari Buruh). Tapi sedihnya, esok ada explorace, diorganisasikan oleh MTK (Majlis Tertinggi Kolej). Cis.. Baru ingat nak tidur! -.-

             - Don't cry because it's over, smile because it happened. -







Tuesday 29 April 2014

My Daily Life: 29/04/14

Assalamualaikum~  :D

Alhamdulillah, Allah masih beri kita keizinan untuk terus hidup di atas muka bumi-Nya ini. Before I start sharing, mari kita ambil masa sekejap untuk berzikir kepada Allah, semoga hari kita akan bertambah baik. Jadi, seperti biasa, saya akan berkongsi kepada anda semua tentang segala apa yang berlaku pada hari ni.

Kelas pagi ini dimulakan dengan kelas Math. One word to describe the class, pening! Sememangnya belajar di Permata Pintar ni merupakan satu cabaran yang besar kepada diri saya sendiri, dan saya percaya yang lain pun begitu. Tapi, apapun, saya tetap tak akan mengalah! (krik krik..). Kelas seterusnya adalah kelas Pendidikan Islam. Ustazah kami, Puan Syakinah (nama glamour, Puan Syak), berkemungkinan besar akan bersalin pada minggu hadapan. Doakan dia ya! Cikgu Mad Noor juga telah kembali daripada cuti, di mana beliau mengambil cuti kerana baru sahaja kehilangan datuknya.

Tengahari tu, macam biasa, saya tidur! Tu je lah satu-satunya masa dapat rehatkan diri sepenuhnya. Siang ada kelas, malam buat assignments. Huh.. Petang tu pula ada kelas Fizik.

Lepas habis kelas, saya cuba menghilangkan stress dengan bermain ping-pong. Saya sebenarnya nak main bola sepak. Tapi yang sedihnya, bola tak ada, padang pun tak ada. Tapi alhamdulillah, stadium dah nak siap. Tak sabar woo! Malam tu pula, macam biasa, saya menghabiskan masa ketika waktu prep.

Itu je kot yang saya nak kongsikan. Saya tak rasa macam nak tulis panjang-panjang sangat. Selamat malam!
Terima kasih kerana sudi membaca!

      - All of our dreams can come true, if we have the courage to pursue them. -

Monday 28 April 2014

My Daily Life: 28/04/14

Assalamualaikum w.b.t.

It's Monday, again.. Pagi yang indah ni dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Perhimpunan kali ini agak panjang kerana banyak penyampaian medal dan reports untuk aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan minggu lepas. Ada yang dapat pingat sofbol, ada yang hoki, dan yang taekwondo pun ada. Ada juga pelajar yang terlibat dengan FLL, iaitu First Lego League Competition. Tapi, bukan sebagai contestant, tapi sebagai volunteers! Ternyata, budak 'gifted' bukan hanya cemerlang akademik, tapi juga boleh bergiat aktif dalam berbagai-bagai aktiviti. Quad P memang awesome!

Selepas perhimpunan, seperti Isnin-Isnin yang biasa, semua pelajar Foundation 1 akan telibat dengan kelas Self Development. FYI, kelas pembangunan jati diri ni adalah kelas yang dibimbing oleh Dr. Rorlinda, bersama beberapa orang isntruktor yang lain, untuk membangunkan diri pelajar dari semua aspek, terutamanya bagi melahirkan seorang pelajar yang holistik.

Saya pun tak tahu kenapa, tapi sejak akhir-akhir ni, waktu tengahari je mesti saya rasa penat. Terasa macam nak tidur je. Masa awal-awal dulu, waktu rehat tengahari ni saya banyak guna untuk bermain-main dan sebagainya. Tapi, entahlah, sekarang waktu tengahari = waktu tidur.

Petang tu, kelas yang patut dijalankan adalah kelas Chemistry dan Physics (bajet omputeh sat). Tapi, Cikgu Mad Noor (panggilan), tak dapat mengajar kerana beliau baru sahaja kehilangan datuknya (Al-Fatihah..). Kelas Fizik pula, kami dah start belajar tentang Motions. Serius, saya tak faham apa-apa pun.

Itu je kot yang berlaku hari ini. Jadi, sampai di sini saja pengongsian saya buat kali ini. Semoga hari kalian akan lebih bermakna pada esok hari.. Selamat malam! :D

           - Life is really simple, but we insist on making it complicated. -

 -

Sunday 27 April 2014

MH370?

MH370,
Namamu tidak asing lagi di mata dunia,
Sering sekali diperkatakan di mana sahaja,
Kehilanganmu mengundang berjuta kesedihan,
Kepulanganmu amatlah dinanti-nantikan.

Tragedimu mencabar daya teknologi,
Jejakmu berakhir di Lautan Hindi,
Namun masih gagal ditemui,
Setelah pelbagai cara diusahakan.
Pelbagai bantuan disumbangkan

Banyak spekulasi-spekulasi dilontarkan,
Teori-teori juga diketengahkan.
Perbincangan professional dijalankan,
meniliki punca sebenar tragedi.
Kehilangan MH370 menjadi persoalan.

Pulanglah, MH370, pulanglah
Andai nanti kau pulang jua,
Akan tercipta sebuah keajaiban,

Namun, andai sudah ditakdirkan,
Dikau pergi buat selamanya,
Pemergianmu akan kami ingati,
Mungkin hilang pada radar pangkalan,
Tapi tak akan kelam dari radar ingatan,
MH370, ditelan misteri.

#Puisi ni saya buat saja2 je  :)

My Daily Life: 27/04/14

Assalamualaikum! How's your day so far?

Malam tadi, Mursyid, Aqil, Karamie, Kamal, Amer dan saya sendiri dah plan nak pergi outing hari ni. Di Quad P ni, kalau nak outing, ada dua pilihan, sama ada Mid Valley ataupun The Mines. Tapi kalau naik KTM nak pegi Mid Valley mahal sikit. Jadi kami pilih untuk outing di The Mines.

Pagi ni, lepas Solat Subuh pukul 6.30, saya tidur balik. Tengah sedap-sedap tidur, tiba-tiba saya dikejutkan oleh seseorang. Disebabkan masih mamai, saya tak pasti tu siapa. Lepas tu, tengok jam, dah pukul 9 pagi.
Rupa-rupanya Amer yang kejut saya. Time baru bangun tu la saya baru teringat nak pergi outing. 

Kami berenam duduk di Dewan Makan sambil menunggu teksi untuk hantar kami ke stesen KTM. Kira-kira dalam pukul 10 pagi baru naik kereta api. Sesak betul dalam tu, sarat dengan penumpang berbilang bangsa (krik krik). Dah lah perjalanan hampir setengah jam, terpaksalah saya berdiri je.

The Mines. Siapa yang tak tahu kan? Dah lah hari Ahad, memang ramai orang lah. Setibanya kami berenam di situ, Aqil mengajak kami bermain bowling. Sebenarnya, saya tak pernah main bowling sebelum ni (malunya). Tapi saya tak kisah sangat, sebab bukan saya seorang je yang tak pernah main bowling kat situ. Masa first time saya leretkan bola bowling tu, saya terasa lain. Seolah suatu kuasa yang tidak dikenali telah masuk ke dalam badan saya (saje lebih-lebih). Best jugak rasanya main bowling ni. Walaupun saya tak pernah main sebelum ni, tapi entah macam mana, saya berjaya mendapat kedudukan antara yang tertinggi (hidayah dari Allah).

Lepas Solat Zohor dan makan tengahari, kami pergi shopping! Tapi, yang paling penting, kami beli  Mee Sedap. Untuk seorang pelajar yang tinggal di asrama, maggi atau mee goreng adalah suatu benda wajib yag perlu ada pada setiap pelajar.

Kami pulang agak lambat pada petang itu. Assignments buat lagi. Duit pun banyak dihabiskan entah bagaimana. Ok, itu je yang ingin saya kongsikan. Terima kasih kerana membaca. Dan lagi satu, tolong promote blog ni kat orang lain ye.. xD

    - In three words, you can sum up what have we learned about life; it goes on. -

Saturday 26 April 2014

My Daily Life: 26/04/14

Assalamualaikum semua~!  :)

Segala puji kepada Allah, saya berpeluang untuk tidur bersama keluarga tercinta, di bawah bumbung yang sama. Pagi ni, saya dikejutkan oleh ibu saya untuk mendirikan Solat Subuh. Dah lama kot tak dikejutkan oleh ibu saya sendiri. Lepas Solat Subuh tu, saya tidur balik. Ngantuk betul masa tu. Dah ada peluang nak bangun lambat sikit, gunakanlah sebaiknya. Kalau kat Permata Pintar, memang tak ada lah nak bangun lambat. Tak cukup tidur ada lah.

Lepas bangun, saya mandi dan bersarapan bersama-sama keluarga saya, termasuk mak long dan kedua-dua nenek dan datuk saya yang turut datang melawat saya.Apa yang sedihnya, disebabkan ibu dan ayah saya orang Johor, mereka terpaksa bekerja pada hari Ahad. Oleh itu, saya terpaksa pulang pada hari Sabtu. Dan,untuk mengelakkan terlibat dalam kesesakan trafik, ayah saya terpaksa menghantar saya pulang awal ke asrama. Dengan rasa berat hati, saya terpaksa meninggalkan mereka lagi sekali. Apapun, kami berkesempatan untuk makan tengahari bersama-sama. Apa yang kami makan? Domino's Pizza! Buat nenek dan datuk saya, ini kali pertama mereka makan Domino's. 

Petang tu, saya banyak menghabiskan masa dengan bermain ping pong bersama Mursyid, Aqil dan Muaz. Masa tu Permata Pintar ni macam tak ada orang je. Ramai yang balik, ada yang terlibat dengan FLL (First Lego League) dan sebagainya. Kami turut merancang untuk pergi outing pada keesokan harinya.

Tak banyak yang ingin saya kongsikan untuk hari ini. I'm gonna miss my family! Selamat Malam!

- If it's important to you, you'll find a way. If not, you'll find an excuse. -

Friday 25 April 2014

My Daily Life: 25/04/14

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Disebabkan malam tadi tidur lambat, terpaksa siapkan lab reports Biologi dan Kimia, dalam pukul 2 baru tidur. Jadi, bangun pun lambat. Dah lah hari ini ada merentas desa. Nak bangun daripada katil pagi-pagi pun susah. Semalamnya plan nak joging pagi-pagi lepas solat subuh kat surau, tapi ni solat jemaah kat surau pun terlepas. Ish ish ish..

Pukul 7.45 pagi saya dah ada kat Dewan Makan. Saya hanya makan sedikit sahaja, takut-takut  nanti semput masa lari. Sesudah makan, saya terus ke kawasan hadapan Dewan Serbaguna, iaitu di mana larian merentas desa akan bermula. Lama kot tunggu, kira-kira dalam pukul 9 pagi baru start. Saya tak ada expect pun nak menang, mungkin sebab saya tak buat apa-apa persediaan.

Larian dimulakan dari kampus kami ke Rumah Haiwan, seterusnya ke Bukit Puteri dan kembali semula ke kampus. Dengar je memang nampak dekat, padahal 4 kilometer! Masa mula-mula tu, memang la lari rasa tak penat. Sampai setengah jalan, dah tak larat dah nak joging. jadi saya pun jalan macam biasa je lah. Akhirnya saya sampai juga ke destinasi. Entah macam mana, saya boleh dapat tempat ke-10. And I was like "Hah? Aku nombor 10? Apa aku dah buat?".

Petang tu selepas selesai Solat Jumaat di Masjid UKM, parents saya datang untuk bawa saya pulang ke rumah maklong. Rumah Maklong saya terletak kat Shah Alam je. Dapat juga saya menatap wajah-wajah kesayangan. Malam tu saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Ye la kan, bukan selalu.

Sampai di sini sahaja penulisan saya buat kali ini. Manfaatkan hujung minggu anda. Sekian, terima kasih.

                         - Don't enjoy the destination, enjoy the journey. -

Thursday 24 April 2014

My Daily Life: 24/04/14

Assalamualaikum  :D

Hari ni saya agak bangun lambat (seperti biasa). Kebelakangan ni rasa macam tak cukup tidur je. Nak tidur awal, tapi banyak kerja nak kena buat. Hmmm.. *mengelamun sekejap*..  Abaikan je semua tu, berbalik pada jurnal untuk hari, kelas hari ini dimulakan dengan kelas Pendidikan Jasmani. Tapi disebabkan hal-hal terentu, cikgu tak dapat hadir untuk mengajar kami. Jadi memandangkan esokmya akan berlangsungnya acara merentas desa peringkat Pusat PERMATApintar Negara 2014, kami pun manfaatkan masa yang ada dengan berjoging beberapa pusingan mengelilingi kampus. Kebanyakan cikgu yang lain juga tak ada kerana ada sesetengah yang terlibat dengan lawatan dan sebagainya.

Tengahari tu, saya terima mesej daripada Madam Nadia, cikgu french saya. Dia memaklumkan pada saya yang kelas french pada hari ini akan bermula awal, iaitu pada pukul 1.30 petang.



Tidak! tak sempatlah nak tidur. Tapi kalau lihat dari sudut positif, kelas mula awal, habis pun awal. Hmm..
Petang tu saya kena present story-telling untuk English. Serius, teruk betul presentation saya,

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan bersama anda. Assignments banyak lagi. Huhh.. Apapun, Have a nice day!

                 -
Weakness in attitude becomes weakness in character. -


Wednesday 23 April 2014

My Daily Life: 23/04/14

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :D

Kelas pagi ni bermula dengan waktu elektif. Waktu elektif ini lah waktu paling bosan bagi kami, pelajar Foundation 1. Sebab, kami bukannya ambil subjek eletif pun. 2 jam pulak tu. Memang waktu paling sesuai untuk tidur. Selepas itu, pelajar 1K2, termasuk saya, sepatutnya kena present hasil kerja kami tentang Tamadun Perkembangan Islam, tapi Cikgu Zaza pula terlibat dengan meeting.
Jadi, 1 jam lagi terbuang.

Waktu rehat tengahari saya manfaatkan sebaik mungkin, iaitu dengan tidur. Letih.. Sejak akhir-akhir ni asyik kurang tidur, assignments banyak. Bangun-bangun je tengok jam dah pukul 2.20 petang. Cepat-cepatlah saya bersiap dan terus ke kelas.

Waktu prep malam tu, saya dah berazam untuk siapkan assignments. Tapi, entah kenapa, nak buat kerja waktu prep seakan-akan mustahil. Terlalu banyak gangguan. Terpaksalah tidur lambat lagi untuk siapkan assignments. Walaubagaimanapun,
saya percaya, kerja-kerja yang telah diamanahkan inilah yang akan banyak membantu saya.

Sekian, hanya sampai di sini sahaja ingin saya kongsikan. Terima kasih kerana sudi membaca.

                                 - Be yourself, everyone else is taken. -

Tuesday 22 April 2014

My Daily Life: 22/04/14

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, masih berpeluang lagi untuk meneruskan amanah daripada Tuhan. Sebenarnya, hari ni dah 25 haribulan. Tetapi saya sepatutnya menulis jurnal setiap hari (tugasan Bahasa Melayu). Dah 4 hari tinggal blog ni. Jadi sekarang terpaksalah saya recall balik apa yang terjadi sejak 4 hari lepas.

Hari Selasa, seperti biasa, kelas dijalankan dari pagi hinggalah tengahari, sesetengah cikgu tak dapat mengajar kerana mungkin ada hal tersendiri. Waktu makan tengahari di Dewan Makan, hampir semua pelajar lelaki Foundation 1 makan di meja yang sama, sambil berbual-bual tentang suatu kejadian yang sering diperkatakan tika itu. Ceritanya begini, Ahad sebelum itu, Entrepreneurship Day telah berlangsung dengan janyanya. Antara satu tarikan yang menarik sewaktu itu adalah Rumah Hantu. Ramai yang telah masuk ke dalam itu. Tapi malangnya, saya tak berpeluang. Mengikut penceritaan pihak lain, di dalam Rumah Hantu itu, mereka ada terlihat seakan-akan seorang budak lelaki kecil yang hanya berdiri di hadapan almari. Mereka menganggap itu mungkin hanyalah satu penyamaran. Namun, selepas berakhirnya hari itu, ada beberapa pelajar berbual-bual dengan pihak yang menguruskan Rumah Hantu itu. Tapi, apa yang mengejutkan, pihak yang bertanggungjawab menguruskan Rumah Hantu itu telah menafikan yang mereka ada rancang untuk menyamar ataupun meletakkan sebuah patung berupa seorang budak lelaki. Haaa seram tak?

Selain daripada tu, saya rasa macam tak ada apa-apa sangat yang berlaku. Jadi, sampai sini sahajalah jurnal saya untuk kali ini.

    - The only person you should try to be better than is the person you were yesterday. -

Monday 21 April 2014

My Daily Life: 21/04/14

Assalamualaikum~!  :/

Pagi ni, saya bangun agak lambat, dalam pukul 7.00 - 7.10 pagi. Selamat sempat solat subuh, walaupun hanya di dalam bilik. Hari ni hari Isnin, ada perhimpunan rasmi. Dr. Arif turut memberi ucapan. Selepas itu saya menghadiri kelas Self Development, yang dipimpin oleh Dr. Rorlinda. Saya banyak belajar tentang EQ (emotional intelligence).

Tengahari, saya hanya tidur di bilik kerana terasa letih, entah kenapa. Sedar-sedar dah pukul 2.25. Cepat-cepat siap terus pegi ke kelas. Petang tu, saya pergi ke Dewan Serbaguna untuk bermain ping pong bersama beberapa orang rakan.

Seperti malam-malam yang biasa, saya akan pergi prep. Bagi saya, mustahil untuk buat assignments waktu prep. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana terlalu banyak gangguan.

Itu sahaja yang hendak saya kongsikan malam ini, Maaf kerana jurnal kali ini amat membosankan. I don't really have the mood today.  Selamat malam :)

                        - The time you enjoy wasting is not a wasted time. -

Sunday 20 April 2014

My Daily Life: 20/04/14

Assalamualaikum~ :)

First of all, saya nak minta maaf sebab tak post apa-apa semalam, terlupa (sebenarnya malas). Hari ni Hari Keusahawanan (Entrepreneurship Day) QuadP. Malam sebelum itu, saya tidur lewat kerana banyak membantu menyediakan persiapan untuk hari itu. Sambil-sambil tu sempat juga main baling selipar, pepsi cola, chicken fight kat Dewan Serbaguna. Haishh.. macam-macam..

Pagi ni mula-mula dah bangun dah pukul 7, solat subuh, lepastu tidur balik. Bangun-bangun tengok jam dah pukul 9, jadi saya pun cepat-cepat lah mandi, siap-siap, terus pergi dewan serbaguna. Excited kot first time 'sambut' Hari Keusahawanan kat Quad P. Sampai-sampai, orang tak ramia sangat, mungkin sebab baru start. Saya pun survey lah semua booth yang ada, and I was like



.

Macam-macam ada. Budak Quad P memang awesome! Dah penat menghabiskan masa dan juga duit, saya pun balik. Masa tu lah teringat yang saya ada banyak assignments! Tapi apapun, saya kira berbaloi lah setengah hari menghabiskan masa.. Saya tanak tulis panjang-panjang (sorry), assignments banyak lagi! Selamat malam! :D

          - Follow your heart, but remember to bring along your brain with you. -




Saturday 19 April 2014

My Daily Life: 19/04/14

Assalamualaikum!

Hari ni saya agak sedih sebab mungkin terlalu tertekan.. Tak banyak yang berlaku hari ni..

Friday 18 April 2014

My Daily Life: 18/04/14

Assalamualaikum!  :D

Pagi tadi, terbangun lambat, dalam pukul 7 baru bangun. Sedar-sedar je daripada tidur, tengok luar tingkap. Hujan rupanya.. Patut lah sejuk semacam. Hujan-hujan macam ni, memang susah lah nak bangun daripada katil. Pagi-pagi macam ni, katil sememangnya mempunyai tarikan graviti yang sangat kuat. Usain Bolt boleh lari 100 meter dalam 9.56 saat, sedangkan saya, nak bangun dari katil dalam seminit pun mustahil.

Seperti biasa, kelas telah diadakan dari jam 8 pagi hinggalah ke tengahari. One word, PENAT!!
Syukurlah hari ini hari Jumaat, dan esok cuti! So, dalam pukul 1 tengahari, seperti biasa, semua pelajar lelaki Muslim akan menaiki bas untuk ke Masjid UKM bagi menunaikan Solat Jumaat.
Masa dengar khutbah, serius rasa ngantuk, macam nak je baring, tidur kat situ. Tapi, apapun, saya tetap cuba kuatkan diri, moga sekurang-kurangnya, dapatlah ilmu walaupun sedikit.

Yang bestnya hari Jumaat ni, petang tak ada kelas! Dapatlah rehat selepas seminggu terikat dengan berbagai-bagai assignments.
Tak banyak perkara yang berlaku hari ni.. Tak tahu lah nak tulis apa lagi. Malam ni malam Jumaat, enjoy!! Esok cuti :D Tapi jangan lupa baca Surah Yassin dan Surah Al-Kahfi ok? Ini je yang ingin saya coretkan hari ini. Spend your weekend wisely.. :D

     - Do not go where the path may lead, go instead where there is no path and leave a trail. -




Thursday 17 April 2014

My Daily Life: 17/04/14

Assalamualaikum~ :D

Alhamdulillah, masih diberikan peluang oleh Allah untuk menneruskan hidup di atas muka bumi ini. Pada pagi ini, saya bersama seorang rakan saya, Aizuddin, atau lebih dikenali sebagai Aizu, telah menjadi pengacara majlis untuk perhimpunan harian. Ini first time saya jadi MC, serius rasa seronok. Pagi yang indah ini diteruskan lagi dengan kelas Pendidikan Jasmani. Tapi, cikgu yang sepatutnya bertugas mengajar kami, Cikgu Rezawana, telah menghantar pasukan sofbol sekolah kami ke sebuah pertandingan. Ternyata usaha mereka tidak sia-sia selepas mereka berjaya mengukir kemenangan dan layak ke perlawanan akhir, yang akan berlangsung pada esok hari. Doakanlah kejayaan mereka ok? (iklan kejap). Jadi disebabkan cikgu tiada, kami pun duduk lah di tempat paling best di sekolah kami, tidak lain tidak bukan, perpustakaan! Lupa nak cerita, blok pembelajaran fasa 2 juga tidak boleh digunakan kerana beberapa wakil dari pihak Petronas telah datang untuk interview sebahagian pelajar Level 2 untuk mendapat biasiswa bagi menyambung pelajaran. Doakan mereka juga!

Tengahari itu, selepas selesai menikmati hidangan tengahari di Dewan Makan, saya bercadang untuk menyiapkan assignments yang perlu dihantar keesokannya. Namun, malangnya, sampai je kat bilik, ternampak laptop. Jadi, faham-faham je lah.

Kejadian sama berulang (look at the previous post), selesai bersiap-siap, dengan semangat untuk belajar, saya berjalan di bawah panas, menaiki tangga (tangga sangat menyeksakan), dan akhirnya hanya mendapat tahu yang kelas French pada hari ini juga dibatalkan. Walaupun hampa, tapi sejujurnya ada sedikit rasa gembira di hati kerana dapat menyambung membuang masa di hadapan laptop.

Alhamdulillah, dapat saya bersama-sama mendirikan solat Maghrib dan Isya' berjemaah di Dewan Serbaguna. Sebuah forum juga telah diadakan di antara kedua-dua waktu itu. Ianya bertajuk 'Ukhwah, Dakwah dan Hidayah'. 4 orang pelajar dari Level 1 dan Level 2 telah menjadi panelis dalam forum tersebut. Sedikit sebanyak dapatlah saya menambah ilmu pengetahuan. Selepas itu, prep dijalankan seperti biasa. Sebenarnya saya berasa sedikit tertekan kerana terikat dengan begitu banyak assignments. Tapi.. Apa boleh buat.. Huhh..

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan untuk hari ini. Terima kasih kerana membaca. Esok-esok singgahlah lagi ke blog saya ok? :D

                            - A warm smile is the universal language of kindness. -


Wednesday 16 April 2014

My Daily Life: 16/04/14

Assalamualaikum! :)

Satu hari yang indah untuk memulakan amanah daripada Yang Maha Esa. Disebab kelas saya, 1K2, bertugas untuk menghandle perhimpunan pada minggu ini, saya telah mengetuai bacaan doa
semasa perhimpunan harian. First time kot naik pentas (di Quad-P). Berdebar..

Hari ni hampir semua guru terpaksa menghadiri sebuah meeting. Jadi, dari jam 8 pagi, hinggalah
9 pagi, saya tidak berpeluang untuk menghadiri apa-apa kelas pun. Masa yang terluang itu saya guna sebaiknya (jangan percaya). Saya dan beberapa rakan saya duduk di perpustakaan dan berlakon seakan-akan sibuk membaca buku. Sebenarnya, kami memilih untuk duduk di situ kerasa suasananya yang selesa dan sejuk, mungkin kerana dilengkapi dengan pendingin hawa.

Waktu rehat tengahari saya manfaatkan sebaiknya. Akhirnya, saya tekah berjaya menyiapkan assignment yang sudah lama tertangguh, yang perlu dihantar pada petang itu juga. Walau apapun, saya tetap tidak melupakan tanggungjawab saya kepada Si Pencipta, iaitu adir ke surau untuk bersama-sama mendirikan solat zuhur secara berjemaah. Kebelakangan ini, saya dapat lihat yang kehadiran pelajar-pelajar yang hadir ke surau untuk solat berjemaah tidak lagi seperti dahulu. Saya tidak menafikan yang saya juga kadang kala terlepas solat jemaah di surau, selalunya kerana tidur akibat keletihan. Saya rasa satu tindakan perlu diambil untuk menggalakkan pelajar-pelajar turun ke surau bagi solat berjemaah.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 20 petang. Saya pun bersiap untuk ke kelas Seni Visual. Oleh kerana kelas terletak agak jauh dari kawasan hostel, saya terpaksa berjalan jauh, di bawah terik matahari, menaiki tangga, bersama-sama assignment yang baru sahaja saya siapkan.Setibanya saya di kelas, saya mengintai dari luar, tapi tiada seorang pun yang kelihatan. Saya hairan. Tiba-tiba handphone saya berdering. Saya pun mengangkat panggilan itu (panggilan daripada kawan), dan saya diberitahu yang kelas hari ini dibatalkan. Pada tika itu, dunia saya seakan-akan musnah, langit seakan-akan runtuh, terasa seperti tidak lagi mahu meneruskan hidup ini yang penuh dengan pancaroba (cewah~). Saya pun pulang ke bilik dalam keadaan berpeluh-peluh dengan rasa hampa, dengan assignment di tangan. Saya pun merebahkan badan ke atas katil.

Saya rasa sampai di sini sahaja saya ingin kongsikan buat hari ini, terima kasih kerana sudi membaca! :)

                     - Always do your best. What you plant now, you'll harvest it later. -

Tuesday 15 April 2014

My Daily Life: 15/04/14

Assalamualaikum

Saya rasa gembira hari ni sebab dapat berbual-bual dengan keluarga saya yang ada kat rumah.. Rindu sangat kat diorang..

My Daily Life: 15/04/14

Assalamualaikum

MAcam mana hari korang setakat ni? best? hari ni saya rasa seronok sebab saya banyak meluangkan masa untuk bergelak ketawa dengan rakan-rakan

Monday 14 April 2014

My Daily Life: 14/04/14

Assalamualaikum :D

saya tanak tulis panjang2.. banyak assignment.. hari ni saya ade kelas sepanjang hari.. petang saya main ping pong

Sunday 13 April 2014

My Daily Life: 13/04/14

Ini jurnal pertama saya. hari ni sangat seronok. banyak perkara yang berlaku