Assalamualaikum~ :D
Alhamdulillah, masih diberikan peluang oleh Allah untuk menneruskan hidup di atas muka bumi ini. Pada pagi ini, saya bersama seorang rakan saya, Aizuddin, atau lebih dikenali sebagai Aizu, telah menjadi pengacara majlis untuk perhimpunan harian. Ini first time saya jadi MC, serius rasa seronok. Pagi yang indah ini diteruskan lagi dengan kelas Pendidikan Jasmani. Tapi, cikgu yang sepatutnya bertugas mengajar kami, Cikgu Rezawana, telah menghantar pasukan sofbol sekolah kami ke sebuah pertandingan. Ternyata usaha mereka tidak sia-sia selepas mereka berjaya mengukir kemenangan dan layak ke perlawanan akhir, yang akan berlangsung pada esok hari. Doakanlah kejayaan mereka ok? (iklan kejap). Jadi disebabkan cikgu tiada, kami pun duduk lah di tempat paling best di sekolah kami, tidak lain tidak bukan, perpustakaan! Lupa nak cerita, blok pembelajaran fasa 2 juga tidak boleh digunakan kerana beberapa wakil dari pihak Petronas telah datang untuk interview sebahagian pelajar Level 2 untuk mendapat biasiswa bagi menyambung pelajaran. Doakan mereka juga!
Tengahari itu, selepas selesai menikmati hidangan tengahari di Dewan Makan, saya bercadang untuk menyiapkan assignments yang perlu dihantar keesokannya. Namun, malangnya, sampai je kat bilik, ternampak laptop. Jadi, faham-faham je lah.
Kejadian sama berulang (look at the previous post), selesai bersiap-siap, dengan semangat untuk belajar, saya berjalan di bawah panas, menaiki tangga (tangga sangat menyeksakan), dan akhirnya hanya mendapat tahu yang kelas French pada hari ini juga dibatalkan. Walaupun hampa, tapi sejujurnya ada sedikit rasa gembira di hati kerana dapat menyambung membuang masa di hadapan laptop.
Alhamdulillah, dapat saya bersama-sama mendirikan solat Maghrib dan Isya' berjemaah di Dewan Serbaguna. Sebuah forum juga telah diadakan di antara kedua-dua waktu itu. Ianya bertajuk 'Ukhwah, Dakwah dan Hidayah'. 4 orang pelajar dari Level 1 dan Level 2 telah menjadi panelis dalam forum tersebut. Sedikit sebanyak dapatlah saya menambah ilmu pengetahuan. Selepas itu, prep dijalankan seperti biasa. Sebenarnya saya berasa sedikit tertekan kerana terikat dengan begitu banyak assignments. Tapi.. Apa boleh buat.. Huhh..
Itu sahaja yang ingin saya kongsikan untuk hari ini. Terima kasih kerana membaca. Esok-esok singgahlah lagi ke blog saya ok? :D
- A warm smile is the universal language of kindness. -
Jangan stress selalu ye
ReplyDeleteCabaran siapkan assignment ni tak teruk sgt pun...
Manage ur time properly
Ingat..mana satu adalah keperluan dan yang mana kemahuan
Keperluan yg utama
Remember tangani stress anda..
Tak baik muda2 dah stress..
Ok..