Assalamualaikum~! :/
Pagi ni, saya bangun agak lambat, dalam pukul 7.00 - 7.10 pagi. Selamat sempat solat subuh, walaupun hanya di dalam bilik. Hari ni hari Isnin, ada perhimpunan rasmi. Dr. Arif turut memberi ucapan. Selepas itu saya menghadiri kelas Self Development, yang dipimpin oleh Dr. Rorlinda. Saya banyak belajar tentang EQ (emotional intelligence).
Tengahari, saya hanya tidur di bilik kerana terasa letih, entah kenapa. Sedar-sedar dah pukul 2.25. Cepat-cepat siap terus pegi ke kelas. Petang tu, saya pergi ke Dewan Serbaguna untuk bermain ping pong bersama beberapa orang rakan.
Seperti malam-malam yang biasa, saya akan pergi prep. Bagi saya, mustahil untuk buat assignments waktu prep. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana terlalu banyak gangguan.
Itu sahaja yang hendak saya kongsikan malam ini, Maaf kerana jurnal kali ini amat membosankan. I don't really have the mood today. Selamat malam :)
- The time you enjoy wasting is not a wasted time. -
No comments:
Post a Comment