Disebabkan malam tadi tidur lambat, terpaksa siapkan lab reports Biologi dan Kimia, dalam pukul 2 baru tidur. Jadi, bangun pun lambat. Dah lah hari ini ada merentas desa. Nak bangun daripada katil pagi-pagi pun susah. Semalamnya plan nak joging pagi-pagi lepas solat subuh kat surau, tapi ni solat jemaah kat surau pun terlepas. Ish ish ish..
Pukul 7.45 pagi saya dah ada kat Dewan Makan. Saya hanya makan sedikit sahaja, takut-takut nanti semput masa lari. Sesudah makan, saya terus ke kawasan hadapan Dewan Serbaguna, iaitu di mana larian merentas desa akan bermula. Lama kot tunggu, kira-kira dalam pukul 9 pagi baru start. Saya tak ada expect pun nak menang, mungkin sebab saya tak buat apa-apa persediaan.
Larian dimulakan dari kampus kami ke Rumah Haiwan, seterusnya ke Bukit Puteri dan kembali semula ke kampus. Dengar je memang nampak dekat, padahal 4 kilometer! Masa mula-mula tu, memang la lari rasa tak penat. Sampai setengah jalan, dah tak larat dah nak joging. jadi saya pun jalan macam biasa je lah. Akhirnya saya sampai juga ke destinasi. Entah macam mana, saya boleh dapat tempat ke-10. And I was like "Hah? Aku nombor 10? Apa aku dah buat?".
Petang tu selepas selesai Solat Jumaat di Masjid UKM, parents saya datang untuk bawa saya pulang ke rumah maklong. Rumah Maklong saya terletak kat Shah Alam je. Dapat juga saya menatap wajah-wajah kesayangan. Malam tu saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Ye la kan, bukan selalu.
Sampai di sini sahaja penulisan saya buat kali ini. Manfaatkan hujung minggu anda. Sekian, terima kasih.
- Don't enjoy the destination, enjoy the journey. -
Dapat menatap wajah2 kesayangan hamba kan
ReplyDeleteMom misses you too ♥♥♥
See ya next 4 weeks for the school break