Sunday, 27 April 2014

MH370?

MH370,
Namamu tidak asing lagi di mata dunia,
Sering sekali diperkatakan di mana sahaja,
Kehilanganmu mengundang berjuta kesedihan,
Kepulanganmu amatlah dinanti-nantikan.

Tragedimu mencabar daya teknologi,
Jejakmu berakhir di Lautan Hindi,
Namun masih gagal ditemui,
Setelah pelbagai cara diusahakan.
Pelbagai bantuan disumbangkan

Banyak spekulasi-spekulasi dilontarkan,
Teori-teori juga diketengahkan.
Perbincangan professional dijalankan,
meniliki punca sebenar tragedi.
Kehilangan MH370 menjadi persoalan.

Pulanglah, MH370, pulanglah
Andai nanti kau pulang jua,
Akan tercipta sebuah keajaiban,

Namun, andai sudah ditakdirkan,
Dikau pergi buat selamanya,
Pemergianmu akan kami ingati,
Mungkin hilang pada radar pangkalan,
Tapi tak akan kelam dari radar ingatan,
MH370, ditelan misteri.

#Puisi ni saya buat saja2 je  :)

8 comments:

  1. 'Tragedimu mencabar daya teknologi,' , ayat yang bagus. Keseluruhan masih boleh diperbaiki dan dikembangkan lagi ideanya. 3/5 Tahniah~

    ReplyDelete
  2. You got the talent in poem writing
    Good job..
    Teruskan berkarya
    I will always on your side

    ReplyDelete
  3. puisi yang bagus^^

    ReplyDelete
  4. Puisi yang bagus. Imaginasi diletak dalam ayat puisi. Tahniah.

    ReplyDelete
  5. Not bad..... good job... :)

    ReplyDelete
  6. Puisi yang bagus, bagus, dan bagus.... :3

    ReplyDelete
  7. boleh tahan tapi ade beberapa ayat yang perlu diperbaiki antaranya
    "banyak spekulasi-apekulasi dilontarkan" terdapat kesalahan pada ayat ini.
    sebabnya ialah kalau dah "banyak" tak perlu buat "spekulasi-spekulasi"
    saya rasa ayat yang sesuai ialah
    "banyak spekulasi yang dilontarkan"
    ok teruskan usaha anda.....
    :)

    ReplyDelete