Wednesday, 16 April 2014

My Daily Life: 16/04/14

Assalamualaikum! :)

Satu hari yang indah untuk memulakan amanah daripada Yang Maha Esa. Disebab kelas saya, 1K2, bertugas untuk menghandle perhimpunan pada minggu ini, saya telah mengetuai bacaan doa
semasa perhimpunan harian. First time kot naik pentas (di Quad-P). Berdebar..

Hari ni hampir semua guru terpaksa menghadiri sebuah meeting. Jadi, dari jam 8 pagi, hinggalah
9 pagi, saya tidak berpeluang untuk menghadiri apa-apa kelas pun. Masa yang terluang itu saya guna sebaiknya (jangan percaya). Saya dan beberapa rakan saya duduk di perpustakaan dan berlakon seakan-akan sibuk membaca buku. Sebenarnya, kami memilih untuk duduk di situ kerasa suasananya yang selesa dan sejuk, mungkin kerana dilengkapi dengan pendingin hawa.

Waktu rehat tengahari saya manfaatkan sebaiknya. Akhirnya, saya tekah berjaya menyiapkan assignment yang sudah lama tertangguh, yang perlu dihantar pada petang itu juga. Walau apapun, saya tetap tidak melupakan tanggungjawab saya kepada Si Pencipta, iaitu adir ke surau untuk bersama-sama mendirikan solat zuhur secara berjemaah. Kebelakangan ini, saya dapat lihat yang kehadiran pelajar-pelajar yang hadir ke surau untuk solat berjemaah tidak lagi seperti dahulu. Saya tidak menafikan yang saya juga kadang kala terlepas solat jemaah di surau, selalunya kerana tidur akibat keletihan. Saya rasa satu tindakan perlu diambil untuk menggalakkan pelajar-pelajar turun ke surau bagi solat berjemaah.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 20 petang. Saya pun bersiap untuk ke kelas Seni Visual. Oleh kerana kelas terletak agak jauh dari kawasan hostel, saya terpaksa berjalan jauh, di bawah terik matahari, menaiki tangga, bersama-sama assignment yang baru sahaja saya siapkan.Setibanya saya di kelas, saya mengintai dari luar, tapi tiada seorang pun yang kelihatan. Saya hairan. Tiba-tiba handphone saya berdering. Saya pun mengangkat panggilan itu (panggilan daripada kawan), dan saya diberitahu yang kelas hari ini dibatalkan. Pada tika itu, dunia saya seakan-akan musnah, langit seakan-akan runtuh, terasa seperti tidak lagi mahu meneruskan hidup ini yang penuh dengan pancaroba (cewah~). Saya pun pulang ke bilik dalam keadaan berpeluh-peluh dengan rasa hampa, dengan assignment di tangan. Saya pun merebahkan badan ke atas katil.

Saya rasa sampai di sini sahaja saya ingin kongsikan buat hari ini, terima kasih kerana sudi membaca! :)

                     - Always do your best. What you plant now, you'll harvest it later. -

No comments:

Post a Comment