Tuesday, 22 April 2014

My Daily Life: 22/04/14

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, masih berpeluang lagi untuk meneruskan amanah daripada Tuhan. Sebenarnya, hari ni dah 25 haribulan. Tetapi saya sepatutnya menulis jurnal setiap hari (tugasan Bahasa Melayu). Dah 4 hari tinggal blog ni. Jadi sekarang terpaksalah saya recall balik apa yang terjadi sejak 4 hari lepas.

Hari Selasa, seperti biasa, kelas dijalankan dari pagi hinggalah tengahari, sesetengah cikgu tak dapat mengajar kerana mungkin ada hal tersendiri. Waktu makan tengahari di Dewan Makan, hampir semua pelajar lelaki Foundation 1 makan di meja yang sama, sambil berbual-bual tentang suatu kejadian yang sering diperkatakan tika itu. Ceritanya begini, Ahad sebelum itu, Entrepreneurship Day telah berlangsung dengan janyanya. Antara satu tarikan yang menarik sewaktu itu adalah Rumah Hantu. Ramai yang telah masuk ke dalam itu. Tapi malangnya, saya tak berpeluang. Mengikut penceritaan pihak lain, di dalam Rumah Hantu itu, mereka ada terlihat seakan-akan seorang budak lelaki kecil yang hanya berdiri di hadapan almari. Mereka menganggap itu mungkin hanyalah satu penyamaran. Namun, selepas berakhirnya hari itu, ada beberapa pelajar berbual-bual dengan pihak yang menguruskan Rumah Hantu itu. Tapi, apa yang mengejutkan, pihak yang bertanggungjawab menguruskan Rumah Hantu itu telah menafikan yang mereka ada rancang untuk menyamar ataupun meletakkan sebuah patung berupa seorang budak lelaki. Haaa seram tak?

Selain daripada tu, saya rasa macam tak ada apa-apa sangat yang berlaku. Jadi, sampai sini sahajalah jurnal saya untuk kali ini.

    - The only person you should try to be better than is the person you were yesterday. -

No comments:

Post a Comment