Monday, 18 January 2016

BERITA: RE-ORIENTASI


Pusat PERMATApintar Negara, 5 Januari - Sebuah program re-orientasi khas buat pelajar-pelajar lama Kolej PERMATApintar Negara telah diadakan sebaik sahaja mereka kembali daripada cuti sekolah.  Program ini, yang dijalankan di auditorium, telah disertai oleh semua bilangan pelajar dan turut dihadiri beberapa orang instruktor.

Program ini dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Dr. Rorlinda ninti Yusof dan seterusnya ucapan daripada Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Prof. Dato' Dr. Noriah binti Ishak, yang telah banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada semua warga PERMATApintar. Program ini diteruskan lagi dengan sebuah ucapan yang singkat oleh Timbalan Pengarah, Dr. Arif bin Ismail yang berkenaan dengan nilai dalam diri seorang pelajar.

Sebaik sahaja ucapan Timbalan Pengarah, Pn. Aisyah telah memberi taklimat ringkas tentang pengurusan akademik bagi tahun 2016. Seterusnya, Dr. Tan Joo Siang, kaunselor baru di PERMATApintar pula tampil dan bercakap mengenai sesi kaunseling terutama untuk pelajar. Selepas itu Dr. Rorlinda pula mengambil masanya untuk bercakap mengenai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi pelajar.

Program re-orientasi ini disambung pula pada sebelah petang oleh dua orang kaunselor, Pn. Jamaliah dan Pn. Ros, untuk membincangkan tentang isu-isu yang melanda pelajar-pelajar di kampus ini. Akhir sekali, En. Mior pula memberi taklimat ringkas tentang perjalanan ko-kurikulum

No comments:

Post a Comment