Tuesday, 3 May 2016

Berita Hari Ini: 6 April 2016

Assalamualaikum uolls :)

Hari ini saya takde buat apa-apa sangat, jadi saya hendak kongsikan sebuah kisah teladan mengenai berhutang.

Jangan pernah sekalipun meremehkan yang namanya hutang, karena hutang kalau belum terbayar, sampai mati pun masih tetap dianggap sedang berhutang.

Dikisahkan oleh Sayyid Ali, seorang ulama di zamannya. Beliau merupakan putra dari seorang ulama besar, seorang ahli fiqih yakni Al Amir Sayuid Hasan bin Al Amir Sayyid Muhammad.

Pada suatu hari, Saayid Ali yang tinggal di Iran, menimba ilmu, telah mendengar kabar berita duka. Ayahnya telah meninggal dunia sehingga ia meminta izin untuk mengurus jenazah ayahnya.


Tujuh bulan kemudian, giliran ibunya yang meninggal dunia dan di makamkan di daerah Najef, Irak.

Tak lama kemudian, Sayyid Ali bermimpi bertemu ayahnya. Dalam mimpimya, ia melihat seolah-olah sedang duduk di rumah dan ayahnya masuk sembari mengucapkan salam.

Sang ayahnya kemudin duduk din hadapannya sambil menyapanya dengan lemah lemubut.

Sayyid Ali sadar benar bahwa ayahnya sudah meninggal dunia. Ia pun bertanya kepada ayahnya,
"Ayah, bukankah ayah telah meninggal?"
Kemudian Syayyid Ali bertanya tentang keadaannya.

Ayahnya menjawab,
"Dahulu kuburku kesempitan, dan sekarang alhamdulillah dalam keadaan yang baik, kesempitan dan himpitan itu menghilang dariku."

Sayyid Ali heran dengan kejadian itu, dan dengan heran, ia bertanya lagi.
"Ayah dalam kesempitan?"
Ayahnya menjawab,
"Ya,arena Haji Ridha bin A'a Babasy Syahir menagihku, dan itu yang menyebabkan buruk keadaanku."

Sayyid Ali bertambah heran, lalu ia terbangun dari tidurnya dalam keadaan takut dan heran. Kemudian ia menginkan surat kepada saudara ayahnya tentang wasiat ayahnya dalam mimpi.

Dalam surat tersebut, Sayyid Ali bertanya apakah ayahnya dahulu memiliki hutang kepada orang tersebut atau tidak. Dan saudaranya menjawab dengan balasan surat juga.

Dalam surat balasannya, saudaranya mengatakan bahwa ia sudah memeriksa buku harian ayah, namun ia tak menemukan nama dari orang tersebut.

Sayyid Ali masih belum puas dengan jawaban saudaranya tersebut. Ia kemudian mengirim surat lagi untuk yang kedua kalinya yang isinya agar saudaranya menanykan langsung kepada orang yang bersangkutan.



Kemudian saudaranya membalas surat lagi


"Setelah aku tanya kepada orang tersebut, ternyata memang benar ayah pernah berhutang kepadanya."

"Ya ayahmu pernah punya hutang kepadaku sebesar 18 tuman (mata uang Iran), dan tak ada yang mengethaui selain kami dan Allah SWT saja."


Setelah ayahmu wafat, aku pernah bertanya kepadamu, apakah namaku ada dalam daftar buku harian ayahmu, kamu menjawabnya tidak ada. Aku kecewa dan hatiku terasa sesak karena pernah meminjamkan uang tanpa ada bukti di secarik kertas dan aku yakin ia tidak mencatat namaku dalam buku hariannya.

Kemudian aku pulang dengan hati yang kecewa.

Kemudian saudaranya tersebut menceritakan kepada Haji Ridha tentang mimpi yang dialami oleh Sayyid Ali. Kemudian orang tersebut berkata,
"Karena berita ini dari saudaramu, sekarang hutangnya aku relakan dan aku ikhlaskan."

Waalahu A'lam...

Berita Hari Ini: 5 April 2016

Assalamualaikum semua! :DDD

Hari ni saya hendak kongsikan resepi masakan untuk bebola coklat bergajus.

Span Mentega Coklat :
325gm tepung naik sendiri
75 gm serbuk koko
(ayak bersama kedua bahan ini 3 kali)
13 biji telur
½ sd teh baking powder
120 gm coklat masakan - dicairkan - double boiler
3 sd besar Quick 75
100 gm gula perang
100 gm gula icing - ayak
200 gm gula caster
1 sd makan susu cair
1 sd besar chocolate emulco/paste
2 sd teh esen butter-vanilla

400 gm mentega - dipukul hingga kembang
Bahan Coating :
(dimasak dgn double boiler hingga pekat - sentiasa dikacau dgn whisk)
750 gm coklat masakan
50 gm gula icing
½ cawan susu pekat
75 gm mentega

200 gm gajus - dipanggang suhu 140C hingga kuning dan kisar halus
100 gm mentega - dicairkan
100 gm gula icing

cawan keras besar secukupnya
taburan gula icing
chocolate rice secukupnya
ceri merah dan hijau
hirisan badam bakar

Berita Hari Ini: 4 April 2016

Assalamualaikum :D

Lama dah tak update blog ni. Jadi hari ini saya hendak kongikan satu kisah jenaka.

Kuala Lumpur – Biarpun sukar menerima kenyataan namun pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan redha dengan pemergian abang keduanya yang juga Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.20 pagi Isnin. 


Jalaluddin bagaimanapun berkata, dia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menghabiskan masa terakhir bersama Allahyarham ketika beliau dimasukkan ke Hospital Tuanku Afzan, Kuantan Pahang akibat serangan jantung.

“Arwah mendapat serang jantung pada Sabtu lalu ketika berada di Kemaman, Terengganu dan dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke hospital di Kuantan pagi semalam (Ahad).


“Sebaik sahaja mendapat khabar itu saya dan adik-beradik lain bergegas ke sana dan Alhamdulillah kami berada di sisinya pada saat-saat akhir hayatnya dan beliau pergi dengan tenang dan aman,” katanya kepada mStar Online.


Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai, Ampang di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.


Turut hadir memberikan penghormatan kepada arwah adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selain ahli keluarga dan kenalan rapat.


Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa menziarahi Allahyarham di kediamannya di Ampang Jaya.


Fuad, 62, diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup sempena Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu 11.15 malam Sabtu lalu.


Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Mariam Bahari, sepuluh cahaya mata dan enam orang cucu.


Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, Fuad adalah seorang yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan arwah sentiasa memastikan mereka adik-beradik akan berkumpul dan meluangkan masa bagi merapatkan silaturahim.


Malah Jalaluddin turut menyifatkan Allahyarham sebagai pendengar setia sekiranya ada dikalangan mereka mempunyai sebarang masalah atau ingin berbincang mengenai sesuatu perkara.


“Allahyarham bukan sahaja seorang abang tetapi beliau juga adalah sahabat baik saya malah hubungan kami memang akrab sejak kecil dan kami tidak pernah berpisah.


“Malah selepas berkahwin kami tinggal berjiran sehingga ke hari ini dan kehilangannya amat meninggalkan kesan dan tiada lagi tempat saya mengadu masalah namun saya redha dengan ketentuan Allah,” katanya.


Jalaluddin berkata, Fuad pernah berpesan kepadanya supaya memastikan ikatan mereka adik-beradik sentiasa kuat dan meminta beliau menjaga keluarganya yang lain.


“Itu adalah kata-kata yang sering dia pesan kepada saya dan Insya Allah amanat itu akan saya pegang,” ujarnya.


Mengenai pembabitan Jalaluddin sebagai sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM), beliau hanya menjawab ringkas: “Saya belum pasti sama ada akan hadir atau tidak pada Jumaat ini.”


Sementara itu, abang sulung kepada Fuad yang juga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau sempat mengadakan ceramah bersama adiknya itu kira-kira dua minggu lalu selepas dijemput untuk memberikan ucapan berhubung isu keselamatan kepada deligasi dan wartawan dari luar negara.


Jelas Musa, itu adalah kali terakhir mereka bekerjasama dan menyifatkan adiknya itu sebagai seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya dan mempunyai hubungan rapat dengan semua ahli keluarga.


Sebelum dilantik sebagai ketua pengarah Jasa, bekas lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang selama dua penggal. Bagaimanapun pada Pilihan Raya Umum 1999, Allahyarham tewas di tangan Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali.


Anak ingat pesan ayah

Ampang: “Belajarlah rajin-rajin, kerja mesti kuat...berdikari sendiri, jangan malas dan bergantung kepada orang lain,” demikian sebaris kata nasihat yang dititipkan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Allahyarham Datuk Fuad Hassan kepada semua zuriatnya semasa hayatnya.


Bagi anak sulungnya, Muhammad Farid, kata-kata itu tersemat kemas dalam ingatannya sepanjang hayat serta menjadi pembakar semangat meneruskan hidup terutama untuk mengambil alih tugas bapanya sebagai ketua keluarga.

“Setiap kali kami berjumpa, abah selalu pesan: Farid, kena kerja kuat dengan usaha sendiri dan jangan bergantung pada abah lagi.

“Bila teringat semula kata-kata abah itu, ia betul-betul buat saya tersentuh.

“Sekarang abah dah takda, saya akan ikut apa yang baik ditinggalkan arwah, malah tugas saya sebagai anak sulung juga semakin sukar kerana walaupun ada adik-beradik yang sudah berkahwin tanggungjawab tetap pada saya selain menjaga ibu,” katanya selepas majlis pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Taman Bukit Permai 2 di sini, semalam yang turut dihadiri kira-kira 700 sanak saudara dan kenalan rapat memberi penghormatan terakhir.

Fuad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 12.20 tengah malam semalam, selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang awal pagi kelmarin kerana tidak sedarkan diri akibat diserang sakit jantung ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Penutupan Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu kira-kira jam 11.15 malam, Sabtu lalu.

Allahyarham yang meninggalkan dua balu dan 10 anak berusia antara empat hingga 35 tahun itu selamat disemadikan pada jam 12.15 tengah hari dengan majlis talkin diketuai adik bongsunya Prof Madya Datuk Dr Abdul Rauf manakala sebelum itu solat jenazah diimamkan bapa mereka yang juga tokoh pengajian al-Quran Tan Sri Hassan Azhari.

Terdahulu, pada jam 9 pagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk membaca tahlil ringkas bersama keluarga dan kenalan di kediaman Allahyarham di Ampang Jaya di sini.

Turut kelihatan hadir memberikan penghormatan terakhir ialah abang Allahyarham Tan Sri Musa yang juga bekas ketua polis negara, adiknya pelakon Datuk Jalaluddin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Sementara itu, Musa yang sempat berborak dengan arwah adiknya itu menerusi panggilan telefon dua hari lalu, menyifatkan kemesraan Allahyarham menjadi pengikat ukhuwah antara mereka adik-beradik.

Bagi Ahmad Shabery pula, pemergian Fuad kehilangan besar bukan saja kerana jasa dan kepemimpinan Allahyarham dalam kementeriannya malah sebagai seorang sahabat baiknya.

“Arwah seorang yang berjiwa besar, setiap yang dilakukan mesti dia buat dengan bersungguh-sungguh.

“Dia juga adalah idola saya sejak zaman universiti lagi. Kami pernah sama-sama terbabit dalam Persatuan Pelajar Islam Kebangsaan di mana arwah sebagai presiden dan saya pula bendahari persatuan itu.


“Pada hari kejadian, saya perasan muka arwah pucat, tetapi dia masih sempat aktif menyertai beberapa aktiviti,” katanya.


Sementara itu, Najib dalam catatan di laman Twitternya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Fuad di atas kembalinya arwah ke rahmatullah.

Tuesday, 29 March 2016

Nota Minggu 10


Unit-unit bahasa dalam analisis tatabahasa:

i) perkataan
ii) frasa
iii) klausa
iv) ayat

Ciri-ciri bahasa ilmu:

i) bukan loghat
ii) bukan bahasa pasar
iii) bukan bahasa orang yang baru belajar bahasa melayu
iv) bukan bahasa budak
v) bukan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa

Ciri khusus bahasa ilmiah:

i) tingkat bahasa rasmi
ii) nada formal dan objektif
iii) sudut pandangan orang ketiga
iv) ragam pasif
v) istilah khusus
vi) wacana pemaparan
vii) wacana bersahaja
viii) kata membazir
ix) ayat majmuk
x) bantuan ilustrasi

Laras Bahasa adalah penggunaan bahasa yang ditandai ciri-ciri khusus dan setiap laras berbeza mengikut bidang penggunaannya.

Laras Bahasa boleh dikaji dari segi:

i) ciri-ciri keperihalan
ii) ciri-ciri linguistik

Faktor-faktor kewujudan laras bahasa:

i) bangsa
ii) jantina
iii) status sosial
iv) pendidikan
v) kerjaya
vi) disiplin ilmu

Faktor kewujudan kepelbagaian laras:

i) pemula
ii) penerima
iii) bentuk mesej
iv) cara penyampaian
v) jenis bahasa
vi) tajuk
vii) latar

29 Mac

Assalamualaikum

Hari ni saya ada tonton sebuah video yang mana seorang bayi di Syria sedang menahan kesakitan dengan badannya yang berlumuran darah, hasil daripada keganasan tentera zionis. Video seperti ni membuatkan saya sayu sekali untuk menonton dan mula timbul rasa simpati. Bayi yang kecil dan masih belum mengenal dunia pun mereka sanggup perlakukan begitu, adakah layak mereka bergelar manusia?  Manakah letaknya kemanusiaan mereka?  Tidakkah mereka tahu yang mereka bunuh itu juga seorang manusia, sama juga seperti mereka. Cuba mereka bayangkan anak-anak dan isteri-isteri mereka juga diperlakukan sebegitu. Tidakkah mereka rasa betapa kejamnya perbuatan mereka itu.  Kalau haiwan yang diperlakukan begitu pun sudah cukup menyanyat hati, inikan pula manusia, bayi pula tu.

Ada juga saya berfikir, di mana letaknya keadilan bagi mereka yang tertindas di negara-negara timur tengah. Bila negara-negara lain, terutamanya di eropah, ditimpa dengan kejadian-kejadian tragis seperti dibom dan sebagainya, nasib mereka dikongsi seluruh dunia dan seluruh dunia mendoakan kesejahteraan  mereka, walaupun kadangkala jumlah mangsa tidaklah begitu ramai. Dalam pada masa yang sama, negara-negara di timur tengah seperti syria dan palestin tidak henti-henti diserang dan dibom dan jumlah mangsa sudahpun mencecah ratus ribu, namun dunia seakan-akan tidak sedar. Bilamana mereka diserang, dunia hanya melihat dengan sebelah mata. Saya tidak faham mengapa berlakunya isu sebegini. Adakah negara-negara timur tengah bukan lagi sebahagian daripada dunia kita?  Saya harap satu hari nanti keadilan akan dapat dikembalikan. Bantulah saudara kami di sana ya Allah.

Thursday, 24 March 2016

Sistem Ejaan Bahasa Melayu

  1. surat khabar 
  2. tengah hari
  3. campur tangan  
  4. kemas kini   
  5. pasar raya  
  6. kraf tangan  
  7. temu bual 
  8. kubis  
  9. lembap  
  10. mergastua  
  11. martabak  
  12. pendeta 
  13. tauge 
  14. teladan  
  15. komisen 
  16. pensel
  17. pelan  
  18. profil 
  19. rebat  
  20. spa  
  21. spesies  
  22. agregat  
  23. atlet  
  24. baucar 
  25. delegasi 
  26. emel  
  27. faksimile
  28. komersial   

Tuesday, 22 March 2016

23 Mac

        1.        Absorb    serap
2.       Absorbate     serapan
3.       Absorbent    penyerap
4.       Absorber    penyerap
5.       Absorptivity     kebolehserapan
6.       Absorptive    bolehserap
7.       Absorption    penyerapan
8.       Peat    tanah gambut
9.       Pain    kesakitan
10.   Lasting    berkekalan
11.   Atom     atom
12.   Electron     elektron
13.   Professional     profesional
14.   Pshycology    psikologi
15.   Structure    struktur
16.   Custom     adat
17.   Grant    geran
18.   Plan    pelan
19.   Pension      pencen
20.   Dengue     denggi
21.   Campaign     kempen
22.   Network    rangkaian
23.   Balanced budget    bajet seimbang
24.   Triangle     segitiga
25.   Circular   pekeliling
26.   Power    kuasa
27.   Horse power    kuasa kuda
28.   Relative    relatif
29.   Order    urutan
30.   Liquid    cecair
31.   Fuse    fius
32.   Realism    realisme
33.   Counter    kaunter
34.   Contigent    kontijen
35.   Ferrum     ferum
36.   Assimilation    asimilasi
37.   Zone   zon
38.   Ozone   ozon
39.   Vitamin   vitamin
40.   Novel    novel
41.   University     universiti
42.   Vacuum     hampagas
43.   Quota     kuota
44.   Catalogue     katalog
45.   Dialogue   dialog
46.   Tissue     tisu
47.   Scenario    senario
48.   Script    skrip
49.   Scooter     skuter
50.   Aquarium    akuarium
51.   Coupon    kupon
52.   Journal    jurnal
53.   Contour   kontur
54.   Sector    sektor
55.   Stadium     stadium
56.   Dialect    dialek
57.   Diesel    diesel
58.   Maghrib    maghrib
59.   Nucleus    nukleus
60.   Jeep    jip
61.   Ream     rim
62.   Grease     gris
63.   Gear    gear
64.   Idealist    idealis
65.   Effective    efektif
66.   System    sistem
67.   Cheque    cek
68.   Vaccine   vaksin
69.   Accent   loghat
70.   Efficient      efisyen
71.   Cent    sen
72.   Carbon    karbon
73.   Cobalt    kobalt
74.   Curator    kurator
75.   Auditorium    audi
76.   Aileron    aileron
77.   Aerial      aerial
78.   Aesthetics      estetik
79.   Bureau    biro
80.   Ambulance     ambulans
81.   Omega      omega
82.   Jacket    jaket
83.   Pawn      askar
84.   Mega    mega
85.   Tera     tera
86.   Giga    giga
87.   Sin    dosa
88.   aerial picture   fotografi udara
89.   waves    gelombang
90.   chlorine    klorin
91.   Final     akhir
92.   Theory    teori
93.   Civilization    tamadun
94.   Ram    biri-biri jantan
95.   Language    bahasa