- Sering digunakan dalam pertuturan dalam majlis-majlis rasmi dan dalam penulisan
- Tidak dapat diterjemahkan melalui Bahasa Melayu Basahan (Bahasa Pasar)
- Bukan bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian ( Kecuali di dalam majlis-majlis rasmi)
- Bukan bahasa linguistik
- Suatu bentuk yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu
Monday, 25 January 2016
RUMUSAN: KENAIKAN HARGA
Petikan membincangkan akibat peningkatan harga produk keperluan harian.
Akibat peningkatan harga produk keperluan harian yang pertama, pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa.Kedua, kenaikan harga barang menyebabkan beban tanggungan sesebuah keluarga bertambah berat.Seterusnya, peniaga lebih berani menaikkan harga barangan dan sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka. Selain itu, kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Di samping itu, hal ini akan menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah kecil. Akhir sekali, keadaan kegawatan ekonomi yang cuba dikawal oleh kerajaan menjadi sia-sia akibat tindakan peniaga yang tamak.
Langkah kerajaan untuk menangani isu kenaikan harga ini adalah dengan cara memperketatkan undang-undang demi mengawal kenaikan harga barang keperluan harian.
Kesimpulannya,para peniaga patut samasama berkorban untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi yang lebih teruk dan tidak mengambil kesempatan demi menjamin kestabilan ekonomi pada masa akan datang.
Monday, 18 January 2016
BERITA: RE-ORIENTASI
Pusat PERMATApintar Negara, 5 Januari - Sebuah program re-orientasi khas buat pelajar-pelajar lama Kolej PERMATApintar Negara telah diadakan sebaik sahaja mereka kembali daripada cuti sekolah. Program ini, yang dijalankan di auditorium, telah disertai oleh semua bilangan pelajar dan turut dihadiri beberapa orang instruktor.
Program ini dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Dr. Rorlinda ninti Yusof dan seterusnya ucapan daripada Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Prof. Dato' Dr. Noriah binti Ishak, yang telah banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada semua warga PERMATApintar. Program ini diteruskan lagi dengan sebuah ucapan yang singkat oleh Timbalan Pengarah, Dr. Arif bin Ismail yang berkenaan dengan nilai dalam diri seorang pelajar.
Sebaik sahaja ucapan Timbalan Pengarah, Pn. Aisyah telah memberi taklimat ringkas tentang pengurusan akademik bagi tahun 2016. Seterusnya, Dr. Tan Joo Siang, kaunselor baru di PERMATApintar pula tampil dan bercakap mengenai sesi kaunseling terutama untuk pelajar. Selepas itu Dr. Rorlinda pula mengambil masanya untuk bercakap mengenai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi pelajar.
Program re-orientasi ini disambung pula pada sebelah petang oleh dua orang kaunselor, Pn. Jamaliah dan Pn. Ros, untuk membincangkan tentang isu-isu yang melanda pelajar-pelajar di kampus ini. Akhir sekali, En. Mior pula memberi taklimat ringkas tentang perjalanan ko-kurikulum
Tuesday, 3 March 2015
My Daily Life: 3/3/15
Assalamualaikum w.b.t
Assignment banyak lagi tak siap, lusa exam. Haaiiiih.. Susah gini. Pagi ni masa takde kelas saya ada pergi tengok senior tahun lepas amik results SPM. Ada yang dapat straight A, tapi ada jugak yang kurang bernasib baik, Tapi takpe, untuk yang kurang baik tu, SPM bukanlah segalanya. Ada je orang fail SPM, tapi dia tak putus asa dan akhirnya berjaya dapat PHD. Jangan sedih kay. Oh ya, saya nak kongsi sebuah kisah,
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
Tu je untuk hari ni. Hehe. Selamat malam!
- I was't born to impress everyone. -

Monday, 2 March 2015
My Daily Life: 2/3/15
Assalamualaikum dan haiiii :D
Hari ni dah hari Isnin. Esok keluar results SPM. Harini mesti ramai senior tahun lepas datang. Tak sabar nak jumpa. Petang ni saya takde kelas apa-apa. Malamnya pulak saya buat assignment yang bertimbun. Sekarang, waktu bercerita.
Seorang pengurus pusat membelibelah memiliki tiga ruang untuk disewakan, semuanya bersebelahan.
Seorang calon penyewa muncul dan mengatakan ingin menyewa ruang paling kiri untuk kedai pakaian lelaki.
"Itu bagus", kata pengurus tersebut. "Anda akan diberikan papan perniagaan percuma, apa yang ingin anda tulis pada papan perniagaan tersebut?" "Pakaian Lelaki", kata lelaki tersebut.
Kemudian datang seorang lelaki yang lain yang berhajat untuk menyewa ruang kedai yang paling kanan. Ketika ditanya lelaki tersebut mengatakan ia ingin "Pakaian Lelaki" pada papan perniagaannya. Pengurus mengatakan kepadanya bahawa kedai yang sebelah kiri akan memiliki papan perniagaan yang sama. "Tidak masalah", kata lelaki tersebut.
Akhirnya orang ketiga datang untuk menyewa ruang tengah. Pengurus agak gusar kerana orang ini juga memilki kedai pakaian lelaki. Dengan hati-hati pengurus meminta orang ketiga apa yang dia inginkan untuk ditulis pada papan perniagaannya. Orang itu menjawab "Pintu Masuk".
Haa apa yang kita dapat ialah kita kena sentiasa bijak dengan cara lain untuk maju :3
Selamat malam, terima kasih!
- You're baver than you believe. -

Sunday, 1 March 2015
My Daily Life: 1/3/15
Assalamualaikum semua!
Hari ni hari Ahad. Esok dah sekolah. Rasa sekejap je cuti. Selamat pagi ni takde training bola. Fuh. Petang tu masa lalu sekejap je. Ingat nak buat assignment tapi tak jadi. Hehe.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum yang unta itu milik orang Yahudi dan memutuskan untuk memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebinggungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menadah tangannya ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang amalan engkau, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.
Itu saja hari ni. Terima kasih! :)
- Don't be the same, be better! -

Saturday, 28 February 2015
My Daily Life: 28/2/15
Assalamualaikum, salam 1 Malaysia!
Pagi ni sepatutnya ada perjumpaan Kadet Polis, tapi dibatalkan. Jadi saya pergi latihan bola sepak di stadium sehingga pukul 11. Penat, hari ni banyak buat fitness. Pukul 2 pulak kena pergi berkuda (aktiviti koko). Tapi best jugak dapat belajar pasal kuda ni. Ni haa cerita hari ni..

3 lelaki masuk meminang anak Pak Imam.
Pak Imam - " Kau nama siapa?"
Lelaki 1 - " Nama saya Yusuf.."
Pak Imam - " Haa.. Kau baca surah Yusuf.. Aku nak dengar.."
Lelaki 1 membaca surah Yusuf dengan lancar..
Pak Imam - " Apa nama kau?"
Lelaki 2 - " Nama saya Ibrahim, Pak Imam.."
Pak Imam - " Kau baca surah Ibrahim.. Baca dengan betul.."
Lelaki 2 membaca surah Ibrahim dengan baik dan lancar..
Lelaki 3 mulai menggigil.
Pak Imam - "Kau.. Nama kau apa..?"
Lelaki 3 - " Err.. Err.. Nama saya Yasin.. Err.. Tapi kat rumah, Mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad.."
Walaupun lucu, ada jugak pengajaran yang boleh diambil. Sama-sama renungkan.
- Work hard, dream big. -

Subscribe to:
Posts (Atom)