Kolej PERMATApintar Negara telah mengadakan iFSC, International Future Scientist Conference yang berpusat di Pusat PERMATApintar Negara sendiri. Persidangan ini telah berlangsung daripada tarikh 26 Julai sehingga 28 Julai 2016 dan diadakan di Auditorium. Selain pelajar Kolej PERMATApintar, persidangan ini turut disertai oleh pelajar-pelajar daripada Sekolah Seri Puteri, Sekolah Alamshah, Maktab Tentera Diraja dan lain-lain lagi.
Pada 26 Julai, pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah luar mula tiba di Pusat PERMATApintar bagi sesi pendaftaran. Mereka juga diberikan masa untuk menghias pameran mereka hingga tengahari, manakalah pelajar Kolej PERMATApintar telah pun selesai menghias pameran mereka pada hari Isnin. Pada sebelah petang, bermulalah majlis perasmian yang telah dihadiri oleh tetamu-tetamu khas. Ketibaan mereka diiringi dengan paluan kompang daripada pelajar Kolej PERMATApintar. Seperti majlis-majlis rasmi yang lain, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita dan juga bacaan doa. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Prof. Dato’ Dr. Noriah yang mengalu-alukan ketibaan kesemua hadirin. Selepas ucapan, telah ditayangkan sebuah video montaj yang berkisarkan iFSC 2016. Pelajar Seni Persembahan juga turut membuat persembahan khas untuk semua tetamu. Maka dengan persembahan itu, tamatlah majlis perasmian menandakan tamatlah hari pertama iFSC 2016.
Pada 27 Julai, bermulalah sesi pembentangan kajian oleh kesemua pelajar-pelajar yang terlibat. Pembentangan ini amat penting kerana mereka telah pun lama berusaha keras untuk menyiapkan kajian mereka . Sesi pembentangan ini dijalankan di Auditorium dan ramai pelajar dan tetamu luar yang hadir bagi melihat pembentangan mereka. Berikut adalah senarai-senarai kajian yang dibentangkan:
1) Child Safety System
2) Hi-Sleep Shock
3) Universal Kool-Heat
4) Gas Volume Indicator
5) The Cytotoxicity Effect of Nephelium Lappaceum Leaves Extract on Human Cancer Cells
6) Waste Not: Used Cooking Oil a Miracle for Sound Absorbent as a Renewable Polymer from Composite
7) Ab-Trap'15
8) Making a Better High-Speed Camera
9) Miracle Under Your Feet
10) Kibo Balls the Salt Water Ball; How to Rescue An Aeroplane-Crashed Survivors
11) My Elaisexmino (MLX) A Solution to Oil Spills
12) Preliminary Evaluation of Durio Zibethinus Husk Extract As Potential Anti-Microbial Agent and Plant Growth Promoter
13) MiMP Detector
14) Hydro Pot 2.0
15) Bioartificial Filter
16) Producing Bioethanol From Oil Palm Leaves By Using Cellulase From Bacteria
17) Sertu Soap
18) From Waste to Wealth: Grange WCO Skin Cream
19) Application of Wind Turbines On Highways to Generate Wind Electricity
20) Application of Effective Microorganism For Sustainable Crop Production
21) Increasing Lipid Yields In Clhorella Vulgaris
22) CaCO Tiles
23) Citrullus Lanatus and Murraya Koenigii As a Solution To Dimishing Pigment of Hair
24) Fybrid
25) The Application of Different Processes In Water Treatment on Water Colour Wastage
26) Smart Rollator
27) Biodegradable Nursery Polybag Made of Ecology Waste
28) Smart Table
29) Reduction of Plastic Waste Using New Fabricated Biodegradable 'Infinity Spoon'
30) Effects of Music on Different Instruments And In Different Tempo to the Mental Concentration of Students
31) Low Cost, Effective and Environmentally Friendly Vermiculture Composting Method
32) Varicella Zoster Herbal Lactis
33) Rhodophyta Eucheuma Cottonii Bio Plastic
34) Study of Commonly Found Herbs in Malaysia And Its Ability of Anti-Mosquito Effect
35) Tapping Gravitational Potential Energy to Generate Electricity-Mini Hydro Electric Generator
36) The Relationship Between Anxiety, Depression and Stress with Academic Stress and Self-Concept Among ASASIpintar Students
37) The Link Between ASASIpintar Students' Resilience with Their Self-Esteem Level And Academic Performance.
38) Individuals with Autism Spectrum Disorder: Their Take on ASD
39) The Efficacy of Trastuzumab as Adjuvant Targeted Therapy In Preventing Cancer Recurrence Among HER-2 Positive Breast Cancer Patients
40) Exploring the Best Approach of Gaba Rice Production from UKM's Rice Varieties
41) The Determination of Sky Brightness at PERMATApintar Observatory
42) Effect of Lonizing Radiation on Plant
43) Forensic Analysis on Lipstick Trace by Using TLC and GC-MS
44) Laparoscopy Training Tools
45) The Effect of Chenodeoxycholic Acid On Efficiency of Dye-Sensitized Solar Cell
46) Metabolite Profiling and Biological Activities of Azadirachta Indica (A. Juss) Leaf Extract
47) Water Harvesting from Air
48) Bio Conversion of Empty Fruit Bunch (EFB) Agro Waste Using Cellulolytic Bacteria Isolated From Termite
49) The Preparation and Characterization of Functional Sago Startch
50) Synergistic Palm-Based Polyurethane System for 2D Decorative Ink
51) Smart Green Anti Corrosion Derived From Imperata Cylindrica In Oil and Gas Pipeline Applications
52) Analysis of Flavonoids in Commercially Available Lignosus Rhinocerus Dried Powder Extract by Reversed-Phase High Performance Liquid Chromatograph (RP-HPLC)
53) The Consequences of Combining Fruit Towards Health
54) The Potential of Lansium Demosticum Leaves to Become The New Addictive Drugs And Its Effects Towards Human Nervous System
55) Absorption and Desorption Studies of CO2 by Cilia Gel Impregnated with Tetradecylamine
56) Smart Green Screen
57) Chicken Skin: Wastes or Resources?
58) Unlocking the Lipid Energy Stored In Plant Cell Walls
59) Replacement of Animal Fat with Red Palm Fat in Beef Burger
60) Genetic Identification of Dried Shark Fins from Sabah Markets
61) The Preliminary Studies of Wound Healing Properties of Impatiens Balsamina
62) Kombucha Skin Patch Hydrogel
63) Creating Pen Drive with Bluetooth Technology
64) From Garbage to Gold: An Alternative to E-Waste Management
65) The Uses of Complementary and Alternative Medicine Among Malaysian
66) The Dangers of Substances of Electronic Cigarettes Among Teenagers in Malaysia
67) Dioscorea Hispida (Ubi Gadong) as a Natural Repellent
68) Effect of 1-Methyl 3-Propylimidazolium Iodine (MPII) On Bio-Based Polyurethane Gel Polymer Electrolyte For Solid-State Dye-Sensitized Solar Cell
Pada sebelah petang pula telah diadakan sebuah bengkel daripada Prof. Dr. Shahidan Radiman. Beliau menjalankan bengkel yang bertajuk ‘My Ramblings through Science: from Nanomaterials to Nuclear Structures to Cosmology and Blackhole Physics’. Bengkel ini dijalan selama 2 jam, dari 2.30 hingga 4.30 petang. Habisnya bengkel ini maka habislah hari kedua iFSC.
Pada hari terakhit iFSC 2016, telah diadakan sebuah bengkel daripada seorang profesor yang datang dari Universiti Putra Malaysia. Bengkel yang beliau jalankan amat menarik dan banyak memberikan manfaat kepada semua pelajar.
Majlis penutupan berlangsung pada jam 11.15 pagi pada hari Khamis, bersamaan dengan 28 Julai 2016. Majlis sepatutnya bermula pada jam 11.00 pagi, tetapi, disebabkan bengkel habis lewat, majlis penutupan pun bermula lewat. Sebelum, majlis penutupan berlangsung, acara penyampaian hadiah telah diadakan. Sesudahnya acara penyampaian hadiah, pelajar seni persembahan sekali lagi mempersembahkan tarian yang menrik untuk ditonton. Selepas itu, diteruskan dengan majlis penutupan. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Naib Timbalan Canselori Univeristi Kebangsaan Malaysia. majlis bersurai.
No comments:
Post a Comment