Tuesday 2 August 2016

Latihan Rumusan

Petikan membincangkan langkah-langkah membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia.

          Antaranya termasuklah pelbagai pihak yang tampil mempromosikan usaha memelihara alam sekitar menerusi media. Selain itu, banyak pihak yang memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Seterusnya, mengasuh kanak-kanak menggunakan sumber alam secara berhemat. Kanak-kanak juga perlu digalakkan membuang sampah di tempat yang disediakan. Di samping itu, mendidik mereka untuk mengitar semula dan mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan tidak boleh. Akhir sekali, kanak-kanak boleh dididik untuk membuat baja jompos dengan sisa makanan.

          Kepentingan mewujudkan alam sekitar yang bersih adalah supaya pencemaran alam sekitar berkurang. Selain itu, pengunjung juga akan lebih tertarik untuk datang ke Malaysia.

          Kesimpulannya, kerajaan mestilah berusaha menyedarkan rakyat tentang pentingnya alam sekitar yang bersih agar Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju.

No comments:

Post a Comment