Monday, 15 February 2016

Karangan

Pengubahsuaian Bajet 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan perutusan khas pengubahsuaian Bajet 2016 Belanjawan Malaysia pada hari Khamis 28 Januari 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Tujuan pengubahsuaian ini adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

D.S. Najib membandingkan scenario ekonomi negara etika negara megalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 hingga 1998. Pada masa itu, pekerja diberhentikan secara mendadak, rizab antarabangsa menyusut, inflasi meningkat dan hatta indeks pasaran saham jatuh menjunam. Negara juga telah mengalami kegawatan ekonomi ada tahun 2008 hingga 2009.  Namun, hasil daripada usaha yang dijalankan oleh kerajaan, pertumbuhan ekonomi negara terus ampuh dan kadar inflasi terkawal. Pada tahun ini, pertumbuhan ekonomi global lebih perlahan dan perdagangan dunia dijangka menyusut. Negara-negara lain juga turut menerima kesan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

 Menyedari hakikat ini, D.S Najib, bersama-sama Jemaah menteri mengambil langkah untuk membuat pengumuman bagi melaksanakan angkah-langkah pengubahsuaian terhadap bajet 2016. Beliau menyatakan bahawa negara ini tidak dan bukannya berada dalam kegawatan ekonomi, mahupun technical recession. Malah, dengan berkat usaha dan doa kita bersama, mudah-mudahan pertumbuhan ekonomi domestik akan terus kekal kukuh, dan berdaya tahan, serta mampu menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Oleh itu, beliau mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian, yang bertujuan untuk memastikan ekonomi dan kewangan negara, kekal berada pada jajaran yang betul. Antara salah satu penstrukturan dan pengubahsuaian yang dikemukakan ialah Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 – Dis 2017. Namun, caruman majikan kekal. Penambahbaikan yang berkaitan adalah mengenai pembangunan fasiliti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pendidikan, kakitangan atau penjawat awam, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan GST dan sektor pelancongan.

Antara penambahbaikan lain-lain yang dinyatakan ialah rancangan pembinaan 10 UTC di Labuan, Sg Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawan, Keningau, Seremban dan Kangar, peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak RM5 bilion akan terus disalurkan kepada mahasiswa, Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemukakan seluruh dunia, kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuk pelantikan secara kontrak dalam perkhidmatan awam, Program BR1M dan kebajikan akan terus dilaksanakan dan dinikmati oleh rakyat dan akhir sekali elancong dari China tidak perlu visa untuk memasuki Malaysia bermula 1 Mac hingga 31 Dis 2016, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tidak lebih 15 hari.

Kesemua langkah yang dibentangkan dijangka dapat menjimatkan sehingga 9 bilion ringgit perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Beliau juga menegaskan bahawa sesebuah negara maju bukan sahaja kerana dasar-dasar yang betul dan baik, tetapi juga kerana sumbangan daripada segenap lapisan masyarakat.

Kesimpulannya, dalam hidup dan kehidupan dan dalam negara serta berkerajaan, setiap orang perlu memainkan peranan, saling ganding berganding, berat sama dipikul, ringan pula sama dijinjing, pandanglah yang Satu kepada yang ramai, pandanglah yang ramai kepada yang Satu, itulah dia sumber kekuatan. Kita harus berfikiran bahawa realitinya kita masih berada dalam keadaan yang stabil dengan pertumbuhan yang kukuh, sekaligus mampu bertahan lagi kekal terus berdaya saing. 

Peta Minda Teks Pengubahsuaian Bajet 2016


Sepuluh Gaya Bahasa dalam Teks Pengubahsuaian Bajet 2016

Asonansi
"Saudara-saudari serta Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,"

Peribahasa
"Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup, langit pula tidak selalunya cerah."

Aliterasi
"Keempat: Kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tambatan ringgit;"

Pengulangan
"Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup"

Pengulangan
"........., berat sama dipikul, ringan pula sama dijinjing, ........."

Anafora
".........., sekali air bah, sekali pantai berubah."

Anafora
"........., pandanglah yang Satu kepada yang ramai, pandanglah yang ramai kepada yang Satu, itulah dia sumber kekuatan."

Hibrid
"Disebut orang sejak dahulukala, ........"

Diksi
"Lima: Untuk terus membela untung nasib para pesawah, serta meningkatkan pengeluaran padi, ......."

Bahasa Arab
"Bahawa, Malaysia bukan sebuah negara yang gagal, seperti yang didakwa dan dituduh-tuduhkan, jauh sekali menjadi bankrap. Nauzubillah.."

Bahasa Arab
"We have done it before, Insya-Allah, we can do it again."

Monday, 25 January 2016

Bahasa Melayu Tinggi

- Sering digunakan dalam pertuturan dalam majlis-majlis rasmi dan dalam penulisan
- Tidak dapat diterjemahkan melalui Bahasa Melayu Basahan (Bahasa Pasar)
- Bukan bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian ( Kecuali di dalam majlis-majlis rasmi)
- Bukan bahasa linguistik
- Suatu bentuk yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu

RUMUSAN: KENAIKAN HARGA

Petikan membincangkan akibat peningkatan harga produk keperluan harian.                          
Akibat peningkatan harga produk keperluan harian yang pertama, pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa.Kedua, kenaikan harga barang menyebabkan beban tanggungan sesebuah keluarga bertambah berat.Seterusnya, peniaga lebih berani menaikkan harga barangan dan sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka. Selain itu, kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Di samping itu, hal ini akan menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah kecil. Akhir sekali, keadaan kegawatan ekonomi yang cuba dikawal oleh kerajaan menjadi sia-sia akibat tindakan peniaga yang tamak.


Langkah kerajaan untuk menangani isu kenaikan harga ini adalah dengan cara memperketatkan undang-undang demi mengawal kenaikan harga barang keperluan harian.
Kesimpulannya,para peniaga patut samasama berkorban untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi yang lebih teruk dan tidak mengambil kesempatan demi menjamin kestabilan ekonomi pada masa akan datang.

Monday, 18 January 2016

BERITA: RE-ORIENTASI


Pusat PERMATApintar Negara, 5 Januari - Sebuah program re-orientasi khas buat pelajar-pelajar lama Kolej PERMATApintar Negara telah diadakan sebaik sahaja mereka kembali daripada cuti sekolah.  Program ini, yang dijalankan di auditorium, telah disertai oleh semua bilangan pelajar dan turut dihadiri beberapa orang instruktor.

Program ini dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Dr. Rorlinda ninti Yusof dan seterusnya ucapan daripada Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Prof. Dato' Dr. Noriah binti Ishak, yang telah banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada semua warga PERMATApintar. Program ini diteruskan lagi dengan sebuah ucapan yang singkat oleh Timbalan Pengarah, Dr. Arif bin Ismail yang berkenaan dengan nilai dalam diri seorang pelajar.

Sebaik sahaja ucapan Timbalan Pengarah, Pn. Aisyah telah memberi taklimat ringkas tentang pengurusan akademik bagi tahun 2016. Seterusnya, Dr. Tan Joo Siang, kaunselor baru di PERMATApintar pula tampil dan bercakap mengenai sesi kaunseling terutama untuk pelajar. Selepas itu Dr. Rorlinda pula mengambil masanya untuk bercakap mengenai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi pelajar.

Program re-orientasi ini disambung pula pada sebelah petang oleh dua orang kaunselor, Pn. Jamaliah dan Pn. Ros, untuk membincangkan tentang isu-isu yang melanda pelajar-pelajar di kampus ini. Akhir sekali, En. Mior pula memberi taklimat ringkas tentang perjalanan ko-kurikulum

Tuesday, 3 March 2015

My Daily Life: 3/3/15

Assalamualaikum w.b.t

Assignment banyak lagi tak siap, lusa exam. Haaiiiih.. Susah gini. Pagi ni masa takde kelas saya ada pergi tengok senior tahun lepas amik results SPM. Ada yang dapat straight A, tapi ada jugak yang kurang bernasib baik, Tapi takpe, untuk yang kurang baik tu, SPM bukanlah segalanya. Ada je orang fail SPM, tapi dia tak putus asa dan akhirnya berjaya dapat PHD. Jangan sedih kay. Oh ya, saya nak kongsi sebuah kisah,

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Tu je untuk hari ni. Hehe. Selamat malam!

                       - I was't born to impress everyone. -