Friday, 16 May 2014

My Daily Life: 15/05/14

Assalamualaikum~  :D

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia kita untuk terus hidup di atas muka bumi-Nya. Hari ni hari Khamis, hari ke-3 final exam. Setakat ni, semua paper berjalan lancar. Mungkin ada sesetengah yang agak membimbangkan, tapi benda dah lepas kan, dah tak boleh nak buat apa-apa. Untuk hari ni, 15/05/14, saya ada paper Bahasa Melayu pada sebelah pagi dan Sejarah pada sebelah petang.

Saya bangun awal hari ni. Lepas Solat Subuh, saya tidur sekejap, sampai pukul 7.10 pagi. Lepas bangun, saya terus study untuk paper Bahasa Melayu. Cikgu Meor kata yang keluar dalam exam adalah Aspek Kajian Sastera. Saya dah study sehabis baik pagi tu.

Saya dapat jawab paper tu dengan mudah, tak menyesal saya study sepanjang pagi tu. Semua apa yang saya study, keluar exam. Saya yakin saya ada peluang untuk dapat A+.

Tengahari tu pulak, saya study untuk paper seterusnya, Sejarah! Malasnya nak study Sejarah! Banyak kena baca! Syed, Karamie dan Izzudin pun Tengah-tengah study, entah macam mana, boleh pulak kitorang tertidur. Bangun-bangun je dah masuk Zohor, terus pergi surau dan tak sempat nak habiskan ulangkaji.

Serius, pening gila nak jawab paper Sejarah petang tu. Banyak yang saya hentam! Tapi, nak buat macam mana. Biar je lah. Rasa menyesal pun ada jugak sebab tertidur. Hmmm..

Malam tu, saya study untuk paper Chemistry esok. Bagi saya, Chemistry agak senang sebab kami belum belajar banyak lagi. Itu je kot yang saya ingin kongsikan hari ni. Terima kasih kerana sudi membaca! Selamat malam!

              - Sometimes we just have to let something go. -

Thursday, 15 May 2014

Novel: Sepatu Jingga Aqil

  SEPATU JINGGA AQIL
   

    BAB 1: Pemberian Sepupu



”Aqil, semalam aku ada beli kasut but baru. Aku tahu kau tiada kasut. Jadi aku rasa aku nak beri kasut ini kepada kau. Jaga kasut ni elok-elok. Aku pasti kau boleh pergi jauh dalam bola sepak”. Aqil seolah-olah tidak percaya akan kata-kata sepupunya. “Terima kasih, Aizu. Aku janji aku akan jaga kasut ini sebaiknya.” Dia membalas dalam keadaan terharu.

Aqil teringat peristiwa yang terjadi pada tengahari itu. ”Aqil, mari masuk! Dah masuk Maghrib ni!,” Puan Maznah memanggil anaknya, yang sedang mengelamun sambil duduk di tangga hadapan rumahnya untuk masuk ke dalam rumah, tetapi dihiraukannya. Sepasang kasut but berjenama Nike, dibelek-belek oleh Aqil. Kasut but itu adalah pemberian sepupunya, Aizu. Walaupun sudah agak lusuh, dia amat bersyukur atas pemberian sepupunya itu.

Aqil adalah anak kedua kepada 5 orang adik-beradik, hasil perkahwinan seeorang pengawal keselamatan, En. Syed dan isterinya, Puan Maznah.
Dia seorang pelajar tahun 6 yang bersekolah di sebuah sekolah yang terletak hanya berhampiran dengan rumahnya, SK Chembong. Apa yang istimewanya tentang Aqil adalah dia amat handal bermain bola sepak. Dia sudah mula bermain bola sepak sejak berumur 7 tahun. Hasil bimbingan bapanya, yang merupakan seorang pemain bola sepak suatu ketika dahulu, dia telah berjaya menjadi salah satu ahli dalam pasukan bola sepak sekolahnya dan mewakili sekolahnya dalam sukan itu seawal usia 11 tahun.

Jurulatih bola sepaknya, Cikgu Lan, yang juga mengajar subjek Matematik di sekolah itu, sebenarnya telah dapat melihat potensi besar yang dimiliki oleh Aqil. Beliau percaya yang dia mempunyai peluang besar untuk meneruskan minatnya dalam bidang itu. Namun, apa yang mungkin menghalangnya ialah kesusahannya. Kerana kesusahannya lah dia amat menghargai pemberian sepupunya itu.



Walaupun dia amat bergiat aktif dalam bidang sukan, tapi Aqil juga cemerlang dalam akademik. Dia telah menunjukkan keputusan akademik yang memberangsangkan sejak daripada darjah satu lagi. Dia juga adalah antara salah seorang harapan cemerlang UPSR sekolahnya. Ibunya risau sekiranya terlalu banyak aktiviti-aktiviti sukan akan mengganggu prestasi akademiknya. “Emak tak kisah kalau kamu nak sangat main bola, tapi jangan lupakan pelajaran kamu”. Pesan Puan Maznah kepada Aqil.


Pada malam itu, tidak seperti biasa, Aqil lebih banyak bercakap semasa makan malam. Dia banyak bercakap bercerita tentang kasut baharunya kepada keluarganya. Dia kelihatan amat teruja. En. Syed tahu dia amat gembira dengan pemberian sepupunya itu.

”Aqil, ayah tahu kamu mesti gembira dengan kasut baharu kamu. Ayah minta maaf sebab ayah tidak pernah belikan kasut but untuk kamu. Sebenarnya ayah ingin sekali belikan untuk kamu, tapi cuma ayah tidak mampu”. Kata bapanya dengan sayu. Suasana menjadi sunyi seketika.

Aqil tahu yang yang dia terdiri daripada keluarga yang susah. Kalau boleh, dia tidak ingin membebankan keluarganya dengan kemahuannya. Adik-beradiknya bukannya sedikit. Namun, tanpa menghiraukan kesusahan yang dialaminya, En. Syed tetap berusaha selagi mana dia mampu bagi menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Baginya, anak-anaknya layak mendapat apa yang mereka inginkan. Kasih sayangnya terhadap anak-anaknya tidak pernah pudar.

”Aku janji, yang suatu hari nanti, aku akan balas segala jasa keluarga aku. Merekalah yang telah banyak berkorban untuk aku. Aku tidak akan menghampakan mereka!” Bisik hati Aqil.




                              
BAB 2: Mursyid


Seperti biasa, Aqil akan pergi ke sekolah dengan rakan-rakannya. Walaupun jarak antara rumahnya dan sekolah agak jauh, tapi dia tidak mempunyai pilihan lain. Selepas sahaja melepasi pagar sekolah, mereka terserempak dengan Cikgu Lan yang baru sahaja selesai memarkir keretanya.

”Aqil, saya ada sesuatu nak bagitau kamu ni. Saya nak mintak tolong kamu beritahu semua ahli pasukan bola sepak kita yang kita akan menyertai dua buah perlawanan persahabatan pada petang esok. Petang ni pula ada latihan”. Beritahu Cikgu Lan kepada Aqil. “Baik, cikgu”. Aqil membalas dengan ringkas.

Akhirnya, masa yang dinantikan pun tiba. Pihak lawanyang pertama, SK Seri Puleh, telah datang ke sekolah mereka bersama-sama jurulatih mereka. SK Seri Puleh adalah naib juara untuk kejohanan peringkat daerah tahun lepas, di mana SK Chembong hanya mampu bertahan sehingga ke suku akhir. Aqil tidak bermain pada waktu itu kerana kecederaan buku lali, yang memaksanya untuk berhenti bersukan buat 3 bulan.

”Wah, mereka semua berbadan besar! Habislah kita kali ini,” keluh Izzudin. “Janganlah risau, saya yakin yang kita mampu untuk menang. Fizikal bukan segalanya,” balas Aqil.

Untuk perlawanan yang pertama, tanggungjawab sebagai kapten telah diserahkan kepada Aqil. Perlawanan antara kedua-dua sekolah itu amat sengit. SK Chembong jelas telah melipat gandakan ushaha mereka selama ini, sehinggalah mereka mampu memberi tentangan hebat kepada pasukan naib juara tahun lepas. Masing-masing tidak berhenti mengatur serangan. Barisan pertahanan juga menunjukkan permainan yang berkesan. Kedua-dua pihak banyak melakukan percubaan, tapi tiada yang menepati sasaran. Beberapa pemain telah ditukar mungkin untuk menukar strategi permainan.

Pada minit ke-86, SK Chembong telah berjaya mengatur sebuah corak permainan yang amat menarik. Dengan itu, mereka akhirnya telah menjaringkan sebuah gol. Gol tunggal itu dijaringkan oleh Izzudin dan dibantu oleh Aqil. Skor itu kekal hingga wisel penamat. 

”Bagus, Aqil! Cara kamu bermain amat baik dan banyak menyumbang kepada kemenangan kita. Kamu juga telah membuktikan yang kamu mampu untuk memimpin pasukan dengan baik.Tidak menyesal saya lantik kamu sebagai kapten untuk perlawanan ini”. Puji Cikgu Lan kepada Aqil.

”Cikgu, dia main bukannya bagus sangat pun! Tak payah lah cikgu nak puji-puji dia sangat,” Musryid bersuara dengan lantang. Semua pemain dan Cikgu Lan sendiri terkejut dengan kata-kata yang dilontarkan olehnya. Tidakkah dia tahu yang itu boleh mengguris hati Aqil?

Mursyid juga adalah salah seorang pemain bola sepak sekolah, bermain di posisi tengah. Tidak dinafikan dia juga handal bermain bola sepak. Mursyid ialah anak kepada ketua kampung, Pak Hassan. Tidak seperti Aqil, dia hidup dalam serba kemewahan. Apa yang diinginkannya, pasti akan Pak Hassan tunaikan. Tapi, apa yang kurang baik tentang Mursyid adalah dia seorang yang berlagak dan tidak memikirkan perasaan orang. Hal itu menyebabkan dia kurang disenangi oleh kebanyakan rakan-rakan dan guru-guru di sekolahnya.

”Mursyid, tidak baik kamu berkata sedemikian. Kata-kata kamu mungkin boleh mengguris hati Aqil. Lagipun, dia memang bermain dengan baik sebentar dari,” Cikgu Lan menasihati Mursyid selepas menyedari hal ini boleh menjadi bertambah buruk.




         
BAB 3: Perlawanan Kedua


Selepas dari insiden itu, perasaan Aqil berubah. Dia yang tadinya ceria apabila dipuji, kini sedih akibat kata-kata berbisa yang diucapkan oleh Mursyid. Dia benar-benar tidak sangka yang Mursyid sanggup berbuat demikian. Perasaan sedih dapat dilihat daripada ekspresi wajahnya. Tidak ada sedikit pun rasa menyesal timbul di hati Mursyid.

Perlawanan seterusnya telah berlangsung tidak lama kemudian. Aqil seperti tidak bersemangat untuk main selepas kejadian itu. Fikirannya bercelaru. Gelodak perasaannya bercampur aduk. Melihat situasi itu, Cikgu Lan menyerahkan pula tanggungjawab sebagai kapten kepada Izzudin. Dia tahu Aqil tidak bersedia untuk menjadi kapten ketika itu.

Perlawanan kali ini kelihatan lebih berpihak kepada pasukan lawan, SK Sungai Burong. Aqil seolah-olah tidak bermain. Semua hantarannya gagal, rembatannya tersasar. Prestasinya jelas lebih teruk dari permainan sebelumnya. Tanpa corak permainan bijak yang biasanya diatur oleh Aqil, pasukan SK Chembong tidak dapat bermain dengan baik. Ini telah membuka peluang untuk pasukan lawan menyerang, Pertahanan SK Chembong diuji dengan serangan-serangan bertali arus. Serangan demi serangan, akhirnya mereka bolos dengan sebuah tandukan kemas oleh pemain sayap SK Sungai Burong.

Permainan diteruskan semula. Ahli-ahli pasukan SK Chembong masih tidak berputus asa. Malangnya, setelah mereka berusaha sedaya upaya, mereka dibolosi sekali. Kali ini pihak lawan telah menjaringkan gol melalui sepakan percuma, hasil rembatan lencong kapten pihak lawan, Muaz. SK Chembong seakan-akan sudah tidak mempunyai harapan untuk menang. Semua pemain mereka sudah hilang semangat untuk meneruskan permainan. Mereka tidak berjaya mencipta walaupun sebuah cubaan.

”Ketiadaan idea-idea bijak Aqil jelas telah melemahkan serangan pasukan kita. Kalau keadaan ini berterusan, kita pasti akan kalah.” keluh Cikgu Lan.

”Betul tu, Aqil sememangnya aset kita yang amat penting. Tanpa dia, satu pasukan kita boleh musnah,” Kenyataan Cikgu Lan disokong oleh pembantu jurulatih mereka, Cikgu Shamil.

Masa masih berbaki beberapa belas minit lagi. Aqil cuba menggelecek bola melepasi seorang pemain pertahanan pihak lawan, tapi gagal. Sebaliknya, pemian pihak lawan itu terpijak kasut butnya dan Aqil rebah ke tanah akibat hilang keseimbangan. Dia tidak menanggung apa-apa kecederaan, tetapi kasut butnya sebelah kiri telah koyak. Aqil terkejut. Cikgu Lan membawa Aqil keluar dan menggantikannya dengan pemain lain, risau sekiranya dia akan tercedera. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada SK Sungai Burong.

Sebaik sahaja Aqil pulang ke rumahnya, dia mencampakkan kedua-dua kasut butnya ke bawah tangga. But pemberian sepupunya itu sudah tidak boleh dipakai lagi.

”Sekiranya Aizu tahu akan hal ini, pasti dia akan memarahi aku. Aku tak sangka yang kasut but ini boleh terkoyak. Kejohanan pun akan bermula sebulan dari sekarang, tapi aku dah tak ada kasut but,” Aqil mengeluh.

Setelah berfikir panjang, Aqil tekad untuk mengumpul duit sendiri bagi membeli sepasang kasut baharu. Dengan itu, tidak usahlah dia menambah beban bapanya untuk mengeluarkan duit untuknya. Dia sudah mula memikirkan idea bagaimana untuk dia mendapat duit dengan mudah dalam masa yang singkat, hanya sebelum kejohanan bermula.




                      
BAB 4: Ikan Haruan 


”Aqil, ayah dengar Pak Mail sanggup membeli ikan haruan daripada siapa sahaja dengan harga yang tertentu. Mungkin daripada itu kamu boleh menambahkan pendapatan kamu,” Kata En. Syed kepada Aqil. Mendengar kata-kata ayahnya, dia terus pergi berjumpa Pak Mail di rumahnya yang terletak hanya di sebelah sekolahnya.

”Aqil, untuk setiap kilogram ikan haruan yang kamu berjaya tangkap, pak cik akan beri kamu RM 20.00, boleh?” Tanya Pak Mail, seorang penjual ikan di pasar berdekatan. “Boleh, pak cik!” Aqil membalas dengan teruja.

Sekarang Aqil sudah ada tiga kerja sambilan yang boleh membantu dia untuk mengumpul duit bagi membeli kasut but baharunya. Pertama, dia mengambil upah untuk menjual surat khabar. Kedua, dia mengambil upah untuk membersihkan halaman rumah dan yang terakhir adalah menangkap ikan haruan, yang mana boleh memberi pulangan yang lumayan.

”Kalau macam ini, sekejap sahaja aku dah boleh beli kasut baharu. Cuma aku harap kerja-kerja ini tidak akan menganggu kehidupan seharian aku, lagi-lagi dalam akademik. UPSR pun dah tak lama lagi,” Aqil berbisik kepada hatinya.

Hanya dalam seminggu, dia telah berjaya mengumpul kira-kira RM 20.00 daripada upah menjual surat khabar dan membersihkan halaman rumah. Untuk upah menangkap ikan haruan pula, dia bercadang untuk mengumpul sebanyak mana ekor ikan dahulu baru dijual kepada Pak Mail. Dia yakin sekiranya usahanya berterusan, sepasang kasut but baharu pasti akan menjadi miliknya.

Jadi, seperti biasa, petang itu Aqil akan membawa jorannya ke sebatang sungai yang terletak hampir dengan rumahnya untuk memancing ikan haruan. Memancing ini bukanlah sesuatu yang baharu baginya. Selain daripada bermain bola sepak, hobinya juga adalah memancing. Tetapi, pada petang itu, mungkin nasib tidak menyebelahinya. Dia hanya berjaya menangkap 4 ekor ikan haruan. Tapi, dia tetap bersyukur, Impiannya untuk membeli sepasang kasut but baharu hanyalah tinggal selangkah.


Selepas beberapa jam memancing, Aqil pun pulang ke rumahnya. Dia ingin meletakkan ikan-ikan yang baru sahaja ditangkapnya ke dalam sebuah tempayan yang digunakannya untuk menyimpan ikan-ikan yang ditangkapnya selama ini. Apabila dia membuka penutup tempayan itu, dia dapati tiada seekor ikan pun di dalamnya. Dia sangat terkejut. Di mana semua ikan-ikan yang ditangkapnya selama ini? Aqil terus berlari ke dapur untuk mendapatkan ibunya.

”Mak, mana pergi semua ikan haruan yang Aqil dah tangkap?” Aqil bertanya dalam keadaan cemas. “Kamu kan tahu yang hari ini kakak kamu, Aqilah, nak pulang dari asrama. Jadi, mak nak masak ikan haruan tu. Kan kakak kamu suka makan ikan haruan,” Jawab Puan Maznah dengan tenang. Aqil terkejut dengan kata-kata ibunya.

”Mak, kan tu ikan Aqil! Kenapa mak masak ikan Aqil? Aqil nak jual ikan tu! Aqil tangkap ikan-ikan tu semua untuk meringankan beban mak juga! Kenapa?” Aqil bertanya seakan-akan marah.

”Maaf Aqil, mak tak tahu ikan tu Aqil punya..” Belum sempat Puan Maznah menghabiskan kata-katanya, Aqil berkata, “Mak tak payah nak minta maaf. Aqil tahu mak lebih sayangkan kakak!” Dia tidak mampu mengawal perasaannya. Air mata mula mengalir di pipinya. Rasa serba salah mula timbul di hati ibunya.

Aqil terus beredar dari situ dan terus berlari hingga tiba di sebuah pondok kecil. Ke situ lah Aqil selalu pergi untuk menenangkan perasaannya sekiranya dia mempunyai masalah. Pondok itu terletak di sebelah sebatang jalan yang jarang digunakan, jadi tempat itu agak tersembunyi. Aqil duduk memeluk kedua-dua belah kakinya sambil merenung jauh ke langit. Kejohanan akan berlangsung hanya dalam beberapa minggu lagi. Dia risau sekiranya dia gagal untk mengumpul wang yang mencukupi bagi membolehkannya membeli sepasang but baharu dalam masa yang terhad itu. Terdetik di hatinya seolah-olah rasa ingin mengalah.




                    
BAB 5: Kasut Misteri 


Aqil membawa hatinya yang sugul itu ke sungai untuk memancing. Dia berharap dengan memancing, dia dapat melegakan kerisauannya walaupun sedikir. Sedang dia duduk di tebing sungai itu sambil memikirkan kejadian yang berlaku sebentar tadi, tiba-tiba ada sebuah kotak bersaiz sederhana dibaluti plastik merah tersangkut pada tali jorannya. Dengan rasa ingin tahu, dia meleraikan ikatan plastik itu lantas membuka kotak itu. Alangkah terkejutnya Aqil apabila mendapati sepasang kasut but berjenama Nike, berwarna jingga, sama seperti yang dia inginkan, yang harganya boleh mencecah RM300 berada di dalam kotak itu. Dengan segera dia mengambil kotak itu dan bergegas pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, tekak Aqil berasa dahaga. Dia pun singgahlah di sebuah warung yang sering dikunjunginya. Oleh sebab dia mahu berjimat, dia hanya memesan sebungkus air milo ais. Sementara menunggu pesanannya untuk disiapkan, Aqil terdengar suatu perbualan antara Pak Hassan dan Encik Kamal.

”Kamal, kau tahu tak, pagi tadi aku ada belikan anak aku sepasang kasut but baru, jenama Nike. Buaknnya murah, RM 290! Tapi entah macam mana, petang tadi kasut but baharu tu dah hilang!” Kata Pak Hassan kepada Encik Kamal. “RM 290? Mahal tu tok. Rugilah kalau macam tu. Takkan boleh hilang. Mana tahu tersalah letak ke?” Jawab Encik Kamal.

Aqil mula berasa tidak sedap hati. Dia menyorokkan sedikit bungkusan itu di sebalik kaki meja. Tanpa ingin meneruskan mendengar perbualan mereka, dia pun terus berlalu pergi dari situ.

Aqil tidak dapat berhenti memikirkan tentang perbualan tadi. Hatinya kuat mengatakan yang kasut yang dimaksudkan itu adalah kasut yang dijumpainya dan but itu sebenarnya adalah milik Mursyid. Aqil tidak tahu apa yang patut dilakukannya. ”Walau sejahat mana pun perlakuan Mursyid terhadap aku, aku tetap tak sanggup nak ambil kasut ini. Tapi, dalam masa yang sama, aku sangat memerlukannya,” keluh Aqil memikirkan masalahnya.

Malam itu, masalahnya masih tidak lari dari fikirannya. En. Syed yang sedar akan kelakuannya yang luar dari kebiasaan bertanya, “Kenapa dengan kamu, Aqil? Ada masalah ke?”. “Tiada apa-apa pun,” Jawab Aqil pendek, mahu mengelak daripada berkongsi masalahnya lalu terus menuju ke biliknya tanpa mengucapkan selamat malam.

Aqil sukar untuk melelapkan matanya. Dia masih ragu-ragu sama ada mahu mengambil atau memulangkan kasut but itu. “Mungkin lebih elok jika aku ambil sahaja kasut ini. Dalam masa beberapa minggu lagi sebelum kejohanan, mustahil aku nak cukupkan duit untuk beli but baharu. Lagipun, untuk apa aku fikir tentang perasaan Mursyid sedangkan dia tidak pernah memikirkan perasaan aku,” Aqil membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

Aqil menyarungkan kasut but milik Mursyid. Ia ternyata lebih selesa daripada kasut but lamanya. Preeeet! Pengadil meniupkan wisel tanda perlawanan telah bermula. Perlawanan bermula dengan hantaran-hantaran kemas daripada SK Chembong. Mereka sudah mula mendahului di minit-minit awal dengan jaringan Zoey. Tidak lama kemudian, bola sampai di kaku Aqil. Dia cuba melepasi seorang pemain pertahanan, tapi malangnya dia dibentes. Dia terjatuh dan betisnya tercedera. Beberapa pembantu perubatan memasuki padang dan mengerumuni Aqil. Mereka menanggalkan kasutnya. “Kasut aku!Jangan ambil kasut aku!” Jerit Aqil. Azan Subuh berkumandang. Dia tersedar dari tidur. Rupanya itu hanya mimpi.

Peristiwa itu telah menginsafkan Aqil. Dia sedar yang dia tidak patut mengambil kasut itu. Awal-awal pagi lagi, Aqil telah pergi ke rumah Murysid bersama-sama kasut miliknya. Tetapi sebelum itu, dia telah memohon maaf kepada ibunya kerana melukakan hatinya semasa peristiwa yang terjadi antara mereka berdua.

Setibanya Aqil di rumah Pak Hassan, dia memberi salam beberapa kali sebelum Mursyid keluar. Lalu Aqil pun menceritakan kepada Musyid tentang kasut but itu, dari waktu dia menjumpainya, sehinggalah dia mengalami mimpi yang menginsafkan malam itu. Aqil turut memohon maaf. Mursyid mendengar cerita Aqil dari mula hingga habis dan memaafkan dengan hati yang terbuka. Mereka berdua mula membentuk sebuah persahabatan yang baharu. Segala persengketaan antara mereka selama ini dilupakan.

Walaupun telah memulangkan kasut but itu kembali, fikirannya masih bercampur aduk. Dia berasa gembira kerana dapat memulangkan kasut itu dan membina sebuah persahabatan baharu. Tapi dalam pada masa yang sama, dia turut berasa sedih. Ini kerana dia masih belum memiliki sepasang kasut but yang baharu. Kejohanan akan berlangsung hanya dalam 4 hari.

Aqil duduk di tangga rumahnya, merenung jauh sambil memikirkan nasibnya. Sedang dia mengelamun, dia terdengar bunyi enjin kenderaan menghampiri rumahnya. Rupa-rupanya bunyi itu datang daripada kenderaan mewah milik ketua kampung, siapa lagi kalau bukan Pak Hassan.

Mursyid pun keluar dari kereta itu bersama-sama ayahnya sambil memegang sebuah bungkusan. “Apa pula yang akan berlaku sekarang?” Bisik hati Aqil. Tanpa disangka-sangka, Mursyid menyerahkan bungkusan itu kepada Aqil dan meminta Aqil untuk membukanya. Aqil hanya menurut permintaannya. Aqil begitu terkejut apabila mendapati bungkusan itu berisi sepasang kasut berjenama Nike berwarna oren, sama seperti kasut milik Aqil.

”Ini untuk kamu, Aqil. Saya dan ayah saya dah setuju untuk hadiahkan kamu sepasang but kasut baharu setelah kamu bersikap jujur dan memulangkan kasut saya. Jaga kasut ni elok-elok. Jangan sampai terkoyak macam kasut yang sebelum ni.” kata Mursyid. Mereka semua ketawa kecil. Aqil sangat berterima kasih kepada Mursyid dan Pak Hassan. Setelah berbagai-bagai halangan dihadapinya, akhirnya Aqil kini memiki sepasang kasut but baharu!








                                 
SINOPSIS 


    Kejohanan bola sepak antara sekolah-sekolah   
      akan berlangsung dalam beberapa minggu.  
    Aqil, seorang pelajar tahun 6 di SK Chembong 
    sedang dalam kerisauan, kasut but pemberian 
    sepupunya telah terkoyak. Dia sedang dalam 
     kerisauan, dia tiada kasut but untuk dipakai. 
      Oleh sebab dia tidak mahu membebankan 
    keluarganya, dia tekad untuk mengumpul duit
       sendiri bagi membeli kasut but baharu. 
     Pelbagai usaha telah dilakukan. Suatu hari 
  ketika sedang memancing, Aqil terjumpa sebuah 
  kotak yang berisi kasut but. Rupa-rupanya kasut 
    itu milik Mursyid, anak ketua kampung yang 
       berlagak. Dia ragu-ragu sama ada ingin 
     mengembalikannya ataupun tidak. Selepas 
   mengalami sebuah mimpi aneh, dia telah insaf. 
     Apakah kesudahannya? Adakah dia akan    
        memiliki sepasang kasut but baharu?

  

Analisis Cerpen Kucing Berduri Kota & 8 1 0 0 (tugasan)

   KUCING BERDURI KOTA & 8 1 0 0
                     A GHANI ABDULLAH

Sinopsis:


Cerpen ‘Kucing Berduri Kota & 8 1 0 0’ ini mengisahkan tentang Zic 9295, seorang pemerintah Israel yang zalim, syaitan bertopengkan manusia, yang diibaratkan sebagai yang kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa. Anak-anak ayam desa merujuk kepada etnik 8100, sebuah golongan yang tidak berdosa, ditindas oleh Zic 9295 tanpa belas kasihan.

Zic 9295 sedar akan kesalahannya, tapi dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan itulah tindakan yang sewajarnya. Serigala gearbok menyokong segala perbuatannya. Mereka suka melihat etnik 8100 musnah. Zic 9295 tidak mahu melihat 8100 merdeka. Dia takut akan etnik 8100 yang sedang berlumba maju dalam bidang pendidikan.

Zic 9295 takut sekiranya dia gagal membela diri di muka pengadilan. Namun, dia berkebolehan memutarbelitkan fakta. Dia cuba menangkis segala tuduhan terhdapanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja, asalkan etnik 8100 lenyap dari dunia ini.

Akhirnya, kebenaran telah terbukti. Kucing berduri kota telah dihukum atas perbuatan kejamnya. Keadilan telah ditegakkan.



TEMA:

Keadilan mesti ditegakkan sele[as segala kekejaman yang dilakukan Zic 9295 ke atas etnik 8100.



PERSOALAN: 

1. Persoalan ketaatan pada agama.

Contoh:

Etnik 8100 beragama Islam. Mereka mengagungkan kebaikan dan melarang permusuhan. Mereka bersolat berzakat. Mereka percaya Nabi Muhammad saw itu Rasul utusan Allah.

2. Persoalan hasad dengki yang telah menguasai diri.

Contoh:

“8100 tak perlu merdeka. Kami perlu perkosa merdeka mereka.” Alasan Zic 9295 yang mahu merosakkan roh pegangan etnik 8100.

3. Persoalan takut akan pembalasan di atas perbuatannya.

Contoh:

”Dalam bayangan dirinya, roh 8100 datang menikam tubuhnya”.

WATAK & PERWATAKAN:


Zic 9295: 

Seorang pemerintah yang kejam, kucing berduri kota, membunuh tanpa sebab.

Etnik 8100:

Golongan yang ditindas, mengharapkan kemerdekaan, cekal menghadapi dugaan.


PLOT:


Permulaan:

Zic 9295 bermonolog bersendirian. Macam-macam kemungkinan yang mengganggu gelodak jiwanya. Kebimbangan mula muncul di dalam dirinya. Dia risau sekiranya dia akan tertangkap disebabkan tindakan kejamnya ke atas etnik 8100.

Perkembangan:

Ada kalanya dia sedar akan kesalahannya menindas etnik 8100 yang sangat dibencinya, namun dia cuba menyedapkan hatinya sendiri. Dia bersedia dengan perlbagai kenyataan palsu yang akan membantunya menangkis segala tuduhan yang bakal dilontarkan kepadanya bila-bila sahaja.

Klimaks:

Dia tekad untuk meneruskan kekejamannya terhadap etnik 8100. Di dalam banyangannya, Zic 9295 berlawan hujah dengan hakim. Dia mampu memutarbelitkan segala fakta yang menunjukkan kezalimannya terhadap etnik 8100. Dia bijak menyelamatkan diri.

Peleraian:

Polis antarabangsa datang menangkapnya. Zic 9295 dhadapkan ke muka pengadilan. Dia dihukum untuk setiap tindakan kejamnya ke atas etnik 8100. Ini tentunya menjadi pengajaran kepada pemimpin dunia lain.


TEKNIK PLOT:


Imbas kembali:

“Terlepaskah aku atau tertangkapkah aku? Aku adalah kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa.” Cik-cok gelodak jiwanya.

Kejutan:

Ketika itulah datang polis antarabangsa menangkapnya. Dia perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Dia perlu ke mahkamah Jenayah Antarabangsa.


LATAR:


Latar tempat: “Zic 9295 dalam rumah di ruang tamu.”

Latar Masa: “Malam makin menggigit. Tengah malam sudah berlalu
            hampir dua jam”


SUDUT PANDANGAN:
 

Sudut pandangan orang ketiga terbatas


NILAI:


- Keadilan
- Kebebasan
- Keberanian


PENGAJARAN:


Jadilah seorang pemimpin yang bersifat rakyat, yang berupaya mengekalkan kebebasan.



Wednesday, 14 May 2014

My Daily Life: 14/05/14

:: Assalamualaikum ::

Hari ni second day final exam. Saya bangun awal, pukul 5.50 dah bangun. Balik dari surau, tidur balik. Bangun-bangun dah pukul 7 pagi. Roomate pun dah siap-siap. Exam start pukul 9 pagi. Jadi ada lah masa untuk study kejap kat bilik.

Paper pagi tu ialah paper Biology. Risau gila kot masa tu. Biology ni lah salah satu paper paling susah nak score. Serius, susah betul paper Bio tadi. Mula-mula target nak dapat A, tapi lepas dah jawab, A- pun cukup lah.


                              *What was happening in my brain*                  

Tengahari tu, mula-mula plan nak study je sepanjang waktu rehat tengahari tu. Tapi last-last, macam tak buat apa-apa pun.

Dah pukul 2.00 petang, saya pun pergi lah ke dewan peperiksaan. Susah! Ni first time kat PERMATApintar saya tak cukup masa nak jawab paper. Tawakal je lah apa pun yang akan berlaku.

Esok pulak exam Sejarah dan Bahasa Melayu. Malasnya nak study! Itu je kot jurnal untuk hari ni, 14 Mei. Terima kasih sebab baca. Selamat Malam!

                         - Life is short, smile while you have teeth. -

Tuesday, 13 May 2014

My Daily Life: 13/05/14

Assalamualaikum~!! :3

Hari ni Selasa, tapi cuti! Walaupun cuti dalam minggu exam, tapi rasa macam relax je, tak tahu lah kenapa. Pagi ni saya bangun seperti biasa, Solat Subuh. Haaa ni ada teka teki, dalam banyak-banyak lubang, lubang apa paling nikmat? Teka teka.. Jawapannya, lu bangun tidur, tarik selimut tidur balik (maaf sebab hambar). Jadi alang-alang cuti, saya pun tidur balik.

Tengah syok-syok tidur, ada lah seseorang ni masuk dalam bilik saya dalam pukul 9 pagi, suruh saya bangun. Rupa-rupanya Hakim. Sambil tengah mamai tu saya tanya lah ada apa. Dia bagitahu saya Miss Su, cikgu Math saya, nak buat kelas tambahan kejap lagi. Mula-mula saya kata tanak pergi, tapi lepas saya teringat yang esok paper Math, saya pun tukar fikiran. Dah lah kat kelas saya tak faham apa-apa.

Kelas tambahan tu habis pukul 11.30 pagi. Saya pun baliklah ke bilik dan berehat. Lepas Solat Zohor, saya pergi ke Makmal Bahasa untuk menyiapkan assignments saya. Saya ada kat siru dari pukul 2 sampailah 4.30 petang. Petang tu pulak saya pergi main bola sepak di kawasan hadapan asrama. Bola tu pun bola budak Level 1 punya. Rasa macam kekok pulak main bola lepas dah lama tak main.

Malam tu, saya, Syed, Karamie dan Shamil duduk di bilik saya untuk study Biology. Biology ni adalah subjek yang memerlukan pelajar untuk membaca dan menghafal. Sampai pukul 12 tengah malam kami study. Harap-harap dapatlah jawab dengan baik esok.

Okay, sampai di sini sahaj buat kali ini. Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan untuk menghadapi exam. Terima kasih sebab sudi baca jurnal saya!

            - Those who never believe in miracle will never find it. -

Monday, 12 May 2014

My Daily Life: 12/05/14

Assalamualaikum  :D

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa kita. It's a new Monday! Dan yang penting, hari ni first day untuk final exam. Saya bangun agak lewat, mungkin sebab malam tadi tidur pukul 2 pagi study Fizik. Tak sangka cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru hari tu saya amik exam.

Sebelum start jawab paper Physics tu, saya ulangkaji dulu sekejap kat bilik saya dengan Syed. Dah nak pukul 9 pagi, saya pun pergi lah ke Bilik Seminar, tempat peperiksaan untuk pelajar Foundation 1. Sebelum start jawab tu, memang nervous gila. Saya dah tekad nak buat betul-betul supaya dapat kedudukan yang lebih baik daripada exam sebelum ni, dan nak dapatkan Aungerah Perngarah.

Alhamdulillah, saya dapat jawab paper dengan lancar. Tak ada lah susah sangat. Penat je semalaman hafal formula, last-last sikit je yang masuk. Dengan masa tinggal 30 minit, saya pun keluar dari dewan peperiksaan sebab dah siap. First paper dah habis. Lega!

Petang tu pulak ada paper English. Saya tak study apa-apa pun untuk paper tu. Bagi saya, paper English ni memang sepenuhnya menggunakan kemahiran Bahasa Inggeris kita, jadi tak study lah. Kalau nak study pun, baca kamus je lah.

Sebenarnya, susah jugak paper English tadi. Ada lah beberapa soalan yang mengelirukan. Apapun, saya dah buat yang terbaik. Harap-harap dapat keputusan yang ok.

Esok Hari Wesak. Cuti~! Hari Rabu baru start exam balik. Jadi tak ada lah stress sangat. Itu je kot yang saya nak share untuk hari ni. Selamat malam!

                   - Don't look back, you're not going that way. -

Sunday, 11 May 2014

My Daily Life: 11/05/14

Assalamualaikum!

Pagi ni, Amer, Mursyid, Aizu, Aqil, Harith dan saya dikejutkan oleh Abang Abul. Mula-mula, lepas Abang Abul pergi, kami tidur balik sebab terlalu penat. Lepas tu, terdengar suara Abang Abul menghampiri bilik kami. Tiba-tiba semua terus bangun. Hahaha.

Lepas Solat Subuh di surau, kami pun tidur balik. Dalam pukul 9 pagi, baru lah kami bangun. Kami pun kemas-kemas lah bilik kepada keadaan asal. Selepas bersarapan, kami menunggu bas untuk menghantar kami pulang ke Permata.

Petang tu, saya sambung novel saya yang tak siap lagi. Alhamdulillah, siap pun akhirnya, walaupun tak bagus sangat. Lepas tu, saya, Aqil, Aizu dan Shamil memesan Domino's. Meatasaurus bersama Cheese Burst dan Classified Chicken, nothing can be better.

Malam tu saya pergi ke Makmal Bahasa untuk siapkan kerja Penididkan Jasmani. Ingatkan senang je nak buat, rupa-rupanya sampai 3 jam buat. Lepastu baru lah study untuk paper esok, Physics. Dah last minute baru nak study.

Apa-apa pun, selamat masih sempat nak ulangkaji. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan saya untuk menghadapi minggu peperiksaan ni. Terima kasih kerana sudi membaca! :D

                               - Do what is right, not what is easy. -

Saturday, 10 May 2014

My Daily Life: 10/05/14

Assalamualaikum :D

Malam tadi lepas tengok movie, saya tertidur di bilik Harith  (http://haritheidlan.blogspot.com/). Pagi ni, saya, Aqil, Aizu dan Harith dikejutkan oleh Abang Aru, Presiden Majlis Tertinggi Kolej. Abang Aru ada ingatkan yang pukul 10.30 pagi nanti berkumpul di Dewan Serbaguna untuk bertolak ke Za'ba.

Lepas mandi, saya cepat-cepatlah kemas semua barang. Dah pukul 10.30, saya pun pergi lah ke Dewan Serbaguna untuk menunggu bas. Ramai jugak yang tak balik. Berjam-jam tunggu bas, barulah bas tu sampai dan menghantar kami ke Kolej Za'ba.

Di sana, kami dibenarkan pilih roomate sendiri. Saya dengan Harith, Muryis dengan Aqil, Aizu dengan Amer. Tapi akhirnya, mereka semua ni tinggal di bilik saya. Amer dan Aizu bawak tilam mereka ke bilik saya. Bukan selalu kan?

Petang tu, selepas Solat Asar, saya dan 5 orang tadi pergi ke gelanggang futsal, tak jauh dari hostel. Tak beberapa lama kemudian, senior-senior pun datang membawa bola. Apalagi, sampai dha nak Maghrib lah kami main bola. Memang seronok lah kalau kat Permata ada court futsal. Boleh main bola tiap-tiap hari. Tak ada lah main ping-pong je.

Malam tu lepas Solat Isya', ingatkan nak siapkan novel. Tiba-tiba ada senior ajak main futsal lagi. Hancur lah impian kami nak siapkan assignment. Sampai pukul 12.00 malam kami main, best! Tapi esok dah balik Permata, tak dapatlah main futsal lagi.

Sampai bilik je dah pukul 12.15 malam, baru nak start buat novel. Saya, Aqil, Murysid, Hartih, Amer, Aizu, semua buat novel, tapi tak ada sorang pun yang siap. Last-last pukul 2 pagi, semua dah tertidur.

Sampai di sini sahaja ingin saya kongsikan mengenai pengelaman di Za'ba. Za'ba memang awesome!

                               - It's kind of fun to do the impossible. -

Friday, 9 May 2014

My Daily Life: 09/05/14

Assalamualaikum! :3

Hari ni dah masuk hari Jumaat, last day before weekend. Kelas pertama pada pagi tu adalah kelas Falsafah. Masa kelas Falsafah je mesti dapat makanan. Sebab tu saya suka kelas Falsafah. Masa kelas Falsafah saya ada belajar mengenai deduksi. Contoh deduksi adalah seperti berikut;

i.   = Saya suka makanan.
ii.  = Kelas Falsafah dapat makanan.
iii. = Saya suka kelas Falsafah.

Hari tu, Dr. Sakinah bagi kami coklat Cadbury dan aiskrim Cornetto. Kami juga dikehendaki menghantar tugasan kami, refleksi dan isu semasa, yang mana saya dah kerja keras nak siapkan. Alhamdulillah, untuk Final Exam, subjek Falsafah saya dapat sekurang-kurangnya A, hasil daripada tugasan tadi. Cikgu kata mungkin cikgu akan naikkan markah.

Tengahari tu, lepas habis Solat Jumaat, saya hanya tidur di bilik. When you so many things to do, and you choose to take a nap instead.. Dah bangun, baru teringat Miss Ing nak jumpa semua pelajar pada pukul 4 petang untuk taklimat peperiksaan. Bak kata pepatah, "di mana ada Miss Ing, di situ ada exam".

Jumaat malam, seperti biasa adalah masa untuk enjoy! Malam tu saya tidur lambat sebab tengok movie. 
Esok , patutnya semua pelajar balik sebab tak ada bekalan elektrik buat sementara kat hostel. Tapi,bagi pelajar yang tak balik akan ditempatkan di Kolej Za'ba buat sementara, dan saya adalah salah seorang daripada mereka.

                                      - Ideas come from curiosity. -

Thursday, 8 May 2014

My Daily Life: 08/05/14

|| Assalamualaikum ||

Hari ni hari Khamis! Dua hari je lagi nak cuti! Yeah~! Pagi ni saya bangun awal, Solat Subuh, mandi dan terus bersiap. Hari ni ada matapelajaran Pendidikan Jasmani, jadi saya pun pakailah pakaian sukan, tapi pakai seluar slack sebab ingatkan cikgu tak ada, jadi sukan pun tak ada lah.

Kelas yang mula-mula sekali ialah kelas Pendidikan Jasmani. Tiba-tiba cikgu kami, Cikgu Wan, datang. Selama aku pakai pakaian sukan yang sepatutnya selama ni, beliau tak pernah datang sebab banyak hal. Tapi, masa saya pakai seluarslack jugak lah Cikgu Wan ada. Cikgu suruh kami main bola beracun. Saya orang pertama keluar, bukan apa, sebab tak boleh lari.

Lepas kelas Pendidikan Jasmani pulak ada kelas English. Cikgu kami, Madam Diana, atau nama glamournya, Madam Dee, tak dapat hadir sebab beliau masih belum sembuh sepenuhnya selepas pembedahan minggu lepas. Jadi, kami hanya duduk di kelas tanpa berbuat apa-apa

 Tamatnya kelas Biology menandakan tamatnya kelas untuk belah pagi. Penat! Tengahari tu saya tidur je. Saya bangun kira-kira dalam pukul 2.15 petang. Saya check phone, semua tanya kelas French ada ke tak. CIkgu French saya tak ada beritahu saya apa-apa. Lepas dah sampai kelas di tingkat 3, baru lah cikgu call untuk bagitahu saya yang kelas dibatalkan.

Itu je kot yang saya nak kongsikan untuk hari ni. Minggu depan dah final exam, saya tak prepare apa-apa pun lagi. Haishh..

                                   - Every artist was once an amateur. -

Wednesday, 7 May 2014

My Daily Life: 07/05/14

Assalamualaikum~ :)

Hari ni dah masuk 7 Mei, hari Rabu. Selepas tamat perhimpunan harian, patutnya masa elektif, tapi Cikgu Zaza nak buat kelas sebab pukul 11 pagi nanti beliau tak ada. Jadi saya pun terus ke kelas Sejarah. Hari ni ada test Sejarah. Takde lah susah sangat. 

Selepas minum pagi, ada kelas Muzik. Cikgu Muzik kami, Dr. Ridzwan, selalu datang lambat ke kelas. Jadi sementara cikgu tak sampai lagi, ini lah peluang untuk kami main semua alat muzik yang ada kat situ. Drum. trumpet, keyboard, semua saya main walaupun tak reti.Waktu rehat tengahari tu, saya tak tidur sebab petang tu ada kelas Biology dengan Cikgu Fairuz. Dah berapa kali dah saya masuk kelas Bio lambat. Tak berani saya nak tidur. Dah pukul 2.30 petang, saya pun pergi lah ke perpustakaan sebab kelas akan dijalankan di situ. Cikgu bagi kami assignment, kena buat peta minda berdasarkan tajuk "Movement of Substances Across the Plasma Membrane". Bertambahlah lagi kerja nak kena buat.

Malam tu, saya cuma habiskan masa untuk siapkan assignments je. Ingatkan minggu depannya Final Exam, kerja makin kurang, tapi makin banyak pulak. Alhamdulillah ada la jugak assignment yang dah siap. 

*Muka lepas siap assignment*

Saya rasa sampai di sini sahaja jurnal saya untuk kali ini. Terima kasih sebab baca :)

             - Eveyday is a fashion show, and the world is the runway. 

Tuesday, 6 May 2014

My Daily Life: 06/05/14

Assalamualaikum semua! :D

Hari ni hari Selasa. Pagi ni saya bangun agak lambat (saya tahu korang tak kisah pun). Disebabkan lambat, saya tak sempat nak sarapan. Jadi saya pun terus pergi ke assembly. 

Kelas yang mula-mula sekali ialah kelas Math. Bila sampai kelas je, semua orang cakap pasal test.
Boleh pulak saya lupa ada test. Selamat lah result tak teruk sangat.Lepas habis kelas Math, patutnya kami ada kelas Penididikan Islam. Tapi, Ustazah Syakinah amik cuti disebabkan beliau dah nak bersalin. Jadi, pelaajr lelaki kelas saya semua duduk di surau. Boleh baring-baring. Sambil tu, kami main truth or dare. Pukul 11.30 pulak ada kelas Kimia dengan Cikgu Mad Nor. Seronok belajar Kimia ni. Cara cikgu mengajar pun best. 

Tengahari tu, saya rehat je kat bilik, makan Mee Sedap. Malas nak turun Dewan Makan. Petang tu pulak selepas habis kelas Fizik, saya pergi main ping-pong di Dewan Serbaguna.

Itu sahaja yang saya nak kongsikan. Terima kasih sebab baca. And if you're having a bad day, just remember that God is watching you and will guide you through the rest of the way.

        - Hard work beats talent when talent doesn't work hard. -

Monday, 5 May 2014

My Daily Life: 05/05/14

Assalamualaikum  :)'

Fisrt of all, saya nak minta maaf sebab dah lama tak update blog saya ni. Dah seminggu kot saya tak update. Bukan apa, buat masa sekarang, kat hostel tak dapat wifi. Tak tahu lah kenapa. Jadi harini (12/5), saya akan tulis jurnal untuk Isnin minggu lepas (pelik je?).

Macam biasa, hari Isnin, selepas perhimpunan rasmi, pelajar Foundation 1 akan terlibat dengan kelas Jati Diri (Self Development). Tetapi Dr. Rorlinda tidak berpeluang untuk hadir pada hari itu disebabkan beliau ada hal tertentu. Jadi, hanya En. Hakimi, Pn. Lin dan Pn. Ros yang mengajar. Hari itu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami dibahagikan mengikut bangsa. Ada Melayu, Cina, Jawa, Banjar dan lain-lain. Saya termasuk dalam kumpulan Banjar. Tugasan kami pada hari itu ialah kami kena membentangkan adat-adat untuk bangsa masing-masing. Walaupun saya orang Banjar, tapi saya tak tahu apa-apa pun pasal Banjar. Jadi terpaksalah saya dan kumpulan saya mencari maklumat di Internet. Baru lah saya kenal bangsa saya sendiri. Only then, baru saya tahu makanan, pemakaian, perkahwinan orang berbangsa Banjar.

Lepas dah habis kelas sampai tengahari, saya hanya berehat di bilik. Petang tu ada kelas Fizik dan Kimia. Saya tak ingat sangat apa yang berlaku minggu lepas, Jadi sampai sini saja kot jurnal 5 Mei saya. Terima kasih kerana setia bersama blog saya (krik krik) walaupun dah lama tak update  xD

               - The creative adult is the child who survived. -

Sunday, 4 May 2014

My Daily Life: 04/05/14

--> Assalamualaikum <--

Hari ni mula-mula plan nak puasa. Tapi last-last bangun pagi dah nak dekat pukul 7 pagi, sahur pun tak sempat. Pagi tu pula lapar gila, terpaksa lah cancel. Hari ni dah hari Ahad. Haishh cepatnya cuti habis..




Walaupun hari ni cuti, tapi tak rasa macam cuti pun. Assignments banyak! Ada novel, analisis cerpen, refleksi falsafah, latihan sejarah, isu semasa. Fuh..



Sepanjang hari ni, saya buat assignments je. Alhamdulillah, ada juga sebahagian yang dah siap. Petang tu, untuk melepaskan segala tekanan, saya pun pergi lah main ping-pong. Bosan juga hari-hari main ping-pong. Bila lah stadium nak siap. Saya dah lama tak main bola. Hmmm.. Malam ni macam tak ada apa-apa sangat. Cuma ada prep je macam biasa.

Sampai di saja yang ingin saya kongsikan. I know my journal is getting boring. Saya cTerima kasih dan selamat malam  :*

                     - A friend to all is a friend to none. -

Saturday, 3 May 2014

My Daily Life: 03/05/14

Assalamualaikum  :D

Hari ni Sabtu! Sabtu bermakna cuti! Kokurikulum pun tak ada!

Malam sebelum tu, saya tengok movie ramai-ramai di bilik Aizu, Tidur pun dalam pukul 2 pagi. Mursyid dan Syed tidur kat bilik saya, lagipun roomate saya balik, disebabkan hal-hal tertentu. Pagi ni, saya bangun dalam pukul 6.50, Solat Subuh. Lepastu, saya tidur balik. Bila saya sedar je, tengok jam dah pukul 10.15. Bukan selalu tak ada koko ni. Manfaatkanlah sebaiknya. Saya abaikan assignments, saya terus pergi Dewan Serbaguna, main ping-pong. Assignments, letak tepi.

Petang tu pula, saya, Mursyid, Aqil, Izzudin, Kamal tengok movie di bilik saya. Kitorang tengok The Hangover and Hangover part II. Sumpah lawak. Hahaha.

Sebelum saya akhiri jurnal saya buat kali ni, saya nak kongsikan sebuah cerita (sebenarnya saya nak panjangkan jurnal saya je). moga bermanfaat.. Ada sebuah riwayat mengatakan ada seorang lelaki tua berjalan di tepi sungai, Tiba-tiba dia ternampak seorang anak kecil menangis sambil mengambil wudhu'. Dia bertanya "Mengapa kamu menangis?". Si anak kecil itu berkata, "Pak cik, saya ada terbaca sebuah ayat Al-Quran yang bermaksud 'Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu'. Saya takut sekiranya saya akan dimasukkan ke dalam api neraka". Pak cik itu berkata, "Kamu jangan risau, kamu masih kecil dan masih terpelihara". Balas anak kecil itu, "Tidakkah pak cik lihat, kalau orang menyalakan api, mereka akan meletakkan ranting-ranting kecil terlebih dahulu sebelum meletakkan yang besar, dan tentulah yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum yang dewasa".  Sedangkan seorang anak kecil begitu takut dengan azab neraka, tetapi kita? Tepuk dada tanya diri. Hehe..

Itu sahaja untuk hari ini. Harap terhibur! Selamat Malam :)

- Education is the most powerful weapon which you can use to change the world. -

Friday, 2 May 2014

My Daily Life: 02/05/14

|| Assalamualaikum ||

Macam mana cuti korang semalam? Mesti seronok kan?

Pagi ni, lepas perhimpunan, saya ada kelas Math. Buat masa sekarang, kitorang dah masuk tajuk Algebra. Siapa lah yang wujudkan huruf dalam matematik ni.. Lepastu, ada kelas Philosophy. Yang seronoknya kelas philosophy ni, setiap kali kelas je mesti cikgu kitorang, Dr. Sakinah, mesti bagi makanan. Untuk kelas kali ni, cikgu bagi kitorang Ais Krim Magnum. Tak cukup dengan tu, Ais Krim Cornetto pun kitorang dapat.  
*Gambar sekadar hiasan*

Tengahari tu, lepas makan tengahari, kami, pelajar lelaki Quad P, seperti biasa akan menaiki bas untuk pergi ke Masjid UKM untuk Solat Jumaat. Entah macam mana, boleh pulak saya tertidur masa khutbah (Astaghfirullahalzim..). Oh ya, hari tu, Dato' Seri Najib telah melawat UKM atas sebab-sebab terentu, jadi beliau juga ada di Masjid UKM tengahari ni.

Lepas Solat Jumaat, free time! Tapi malangnya, Pukul 5 ada Program Rubbish-O, anjuran Exco Kebersihan MTK. (Eleh.. nama je lebih, sebarnya program gotong-royong je). Kelas saya 1K2, ditugaskan untuk bersihkan kawasan Makmal Fasa 1.

Tak ada apa-apa sangat yang berlaku hari ini. Selamat hari minggu! Enjoy you weekend!

     - The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams-

Thursday, 1 May 2014

My Daily Life: 01/05/14

:: Assalamualaikum ::

Hari ni dah masuk 1 Mei dan 1 Rejab. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur kita InshaaAllah kita sempat menjalani bulan Ramadhan lagi sekali. Kerana apa? Cerita ni saya dengar dari senior saya. Ada seorang hamba Allah yang sangat alim dan seorang lagi, tetapi biasa-biasa je, tidaklah sealim yang lagi seorang. Kerana takdir Tuhan, si alim itu meninggal, tetapi yang seorang lagi masih hidup. Tetapi pada tahun hadapannya dia juga meninggal. Tapi Allah meletakkan dia lebih tinggi darjatnya daripada si alim tersebut. Sebab.. hamba Allah yang biasa-biasa ni sempat menjalani satu lagi bulan Ramadhan jika nak dibandingkan dengan si alim. Nampak tak betapa besarnya kebaikan bulan Ramadhan? Oleh itu, banyak-banyaklah kita berdoa ya.

Macam yang saya dah bagitau semalam, hari ni ada EXPLORACE!  Saya kumpulan sembilan. Kami dah rancang pada malam sebelumnya, yang kami akan pakai baju warna hijau. Demi menjaga tanggungjawab sebagai ahli kumpulan, saya tidur lambat disebabkan untuk cari baju warna hijau (abaikan). Di setiap checkpoint, banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. Ada kena buat magic, makan telur tak masak, main Flappy Bird pun ada. Setelah setengah hari keletihan, kami, kumpulan 9, telah dinobatkan sebagai juara Explorace peringkat Permata Pintar 2014!

Petang tu, saya tertidur sampai jam 3 petang. Penat! Patutnya malam tu tak ada prep. Tapi tiba-tiba lepas solat Isya', Abang Abul (exco akademik) kata prep akan dijalankan.  :'(

                                           
                                           


Itu je untuk hari ini, terima kasih kerana sudi membaca jurnmal harian saya yang bosan ni, dan jangan lupa banyakkan amal ibadah sempena Bulan Rejab ni, Selamat Malam!

 - First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, than you win. -