Assalamualaikum~ :D
Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia kita untuk terus hidup di atas muka bumi-Nya. Hari ni hari Khamis, hari ke-3 final exam. Setakat ni, semua paper berjalan lancar. Mungkin ada sesetengah yang agak membimbangkan, tapi benda dah lepas kan, dah tak boleh nak buat apa-apa. Untuk hari ni, 15/05/14, saya ada paper Bahasa Melayu pada sebelah pagi dan Sejarah pada sebelah petang.
Saya bangun awal hari ni. Lepas Solat Subuh, saya tidur sekejap, sampai pukul 7.10 pagi. Lepas bangun, saya terus study untuk paper Bahasa Melayu. Cikgu Meor kata yang keluar dalam exam adalah Aspek Kajian Sastera. Saya dah study sehabis baik pagi tu.
Saya dapat jawab paper tu dengan mudah, tak menyesal saya study sepanjang pagi tu. Semua apa yang saya study, keluar exam. Saya yakin saya ada peluang untuk dapat A+.
Tengahari tu pulak, saya study untuk paper seterusnya, Sejarah! Malasnya nak study Sejarah! Banyak kena baca! Syed, Karamie dan Izzudin pun Tengah-tengah study, entah macam mana, boleh pulak kitorang tertidur. Bangun-bangun je dah masuk Zohor, terus pergi surau dan tak sempat nak habiskan ulangkaji.
Serius, pening gila nak jawab paper Sejarah petang tu. Banyak yang saya hentam! Tapi, nak buat macam mana. Biar je lah. Rasa menyesal pun ada jugak sebab tertidur. Hmmm..
Malam tu, saya study untuk paper Chemistry esok. Bagi saya, Chemistry agak senang sebab kami belum belajar banyak lagi. Itu je kot yang saya ingin kongsikan hari ni. Terima kasih kerana sudi membaca! Selamat malam!
- Sometimes we just have to let something go. -
what is your favourite subject nowadays?
ReplyDelete